web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MB Johor Saran Laluan Kontra Di BSI, KSAB Elak Kesesakan Luar Biasa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 7:00AM

Usaha itu wajar dilaksanakan bagi memastikan kesesakan terbabit tidak berulang, terutama sewaktu musim cuti sekolah atau cuti panjang. - Gambar Facebook Onn Hafiz Ghazi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau sudah meminta pengurusan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) mempertimbangkan untuk membuka laluan kontra kepada penggembara yang menggunakan laluan pejalan kaki serta pengangkutan awam, bagi menangani kesesakan luar biasa di situ.

Katanya, usaha itu wajar dilaksanakan bagi memastikan kesesakan terbabit tidak berulang, terutama sewaktu musim cuti sekolah atau cuti panjang.

“Laluan kontra ini boleh diaktifkan bagi pergerakan masuk (inbound) dan keluar (outbound) dari negara ini dalam tempoh tertentu, seperti musim cuti sekolah atau musim perayaan.

“Saya juga memohon agar pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk terus memastikan kelancaran aliran trafik keluar dan masuk ke negara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, kesesakan luar biasa yang berlaku di BSI dan KSAB sejak kelmarin adalah ekoran musim cuti sekolah, cuti umum dan cuti hujung minggu.

“Petang semalam (kelmarin) sahaja (1 Jun), lebih 258,000 pengembara menggunakan laluan BSI dan 63,000 pengembara menggunakan laluan KSAB.

“Semoga anggota dan pegawai bertugas kekal cekal dan tabah dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab,” katanya.

Onn Hafiz berkata, pengguna Tambak Johor dan laluan kedua juga disaran merancang perjalanan supaya tidak terperangkap dalam kesesakan.

“Semoga anda semua sampai ke destinasi dengan selamat,” katanya.

Semalam, Onn Hafiz dilapor mengadakan tinjauan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) BSI.

Tinjauan itu susulan aduan orang ramai mengenai kesesakan luar biasa di pintu masuk di Tambak Johor berkenaan. – Getaran, 3 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

DUN Johor, MB Ucap Tahniah Pelantikan Sultan Johor Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Johor, Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Kelancaran Operasi Keluar Masuk Sempadan Negara

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Najib Tahu Transaksi 1MDB Melalui Akaun BSI Bank - Bekas Jurubank

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kepada Allah Saya Berserah’, Onn Hafiz Tak Tanding Jawatan Peringkat Pusat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad