web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Apa Salahnya Rafizi Ditegur, Adakah Desak Menteri ‘Perform’ Tembak Kaki Sendiri? - Puad

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 11:51AM

Dr Mohd Puad Zarkashi - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang menegurnya susulan kritikan diberikan kepada Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai ungkapan ‘tembak kaki sendiri’.

Beliau berkata, apakah tindakannya meminta Rafizi mengemukakan formula realistik dan luar biasa dianggap menembak kakinya sendiri?

Malah, Mohd Puad menegaskan, apakah mendesak menteri supaya ‘perform’ (melaksanakan kerja) dianggap menembak kaki sendiri?

“Apa salahnya Rafizi ditegur. Kalau dia luar biasa, Kerajaan Perpaduan tambah kukuh.

“Apa maksud tembak kaki sendiri. Tidak boleh dikritik? Tidak boleh ditegur? Tidak boleh beri pandangan? Tugas saya bukan menghasut. Saya tidak ambil pun tugas lama Rafizi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, ungkapan ‘tembak kaki sendiri’ adalah apabila menteri tidak perform, gagal melakukan benda luar biasa dan formulanya tidak boleh dipakai.

“Itu lemahkan kerajaan.

“Saya boleh dituduh tembak kaki sendiri bila takut bersuara dan kelemahan dibiarkan berleluasa. Sebab itu saya lain dari yang lain,” katanya.

Terdahulu, Mohd Puad mendakwa Rafizi belum bersedia menjadi anggota Kabinet, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai rombakan Kabinet.

Susulan dakwaan itu, Asyraf Wajdi pada sidang media di Ibu Pejabat UMNO di sini, semalam menggesa permainan saling menyalahkan dalam Kabinet mesti dihentikan kerana Kerajaan Perpaduan adalah tanggungjawab kolektif, bukannya ‘one-man show’ (peranan seorang individu sahaja).

Katanya, tiada guna jika sikap menyerang antara satu sama lain dan menembak kaki sendiri diteruskan untuk menggembirakan masyarakat tertentu.

“Perkara paling penting ialah mengekalkan fokus kami untuk memastikan negara maju dan kesejahteraan rakyat terjamin,” katanya.

Asyraf juga berkata, tiada ‘suara nakal’ sejak Kerajaan Perpaduan mula dibentuk enam bulan lalu.

“Tiada isu sama dihadapi Pakatan Harapan (PH) sepanjang 22 bulan pentadbirannya antara 2018 dan 2020 berbangkit kali ini,” katanya. – Getaran, 3 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang