web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Buta Perundangan Hingga Perlekeh Perlembagaan Persekutuan - Guan Eng

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 9:29AM

Lim Guan Eng - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mana-mana pemimpin tidak seharusnya buta perundangan sehingga tergamak memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan demi mencari modal politik.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, Kedaulatan Pulau Pinang bukan perkara politik untuk dijadikan modal politik, khususnya oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut beliau, Muhammad Sanusi tidak seharusnya cuba menyentuh dan memainkan sentimen dan sensitiviti rakyat.

“Rakyat Pulau Pinang bangkit mempertahankan kedaulatan Pulau Pinang. 

“Pang Chuin Keat, seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya yang juga seorang peguam sekarang dan penduduk Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah membuat laporan polis terhadap Muhammad Sanusi atas kenyataan bahawa Pulau Pinang milik Kedah yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Guan Eng, beliau hadir di sidang media terbabit untuk menunjukkan sokongan dan tanda terima kasih kepada Chuin Keat atas keberaniannya membela dan melindungi Pulau Pinang.

“Sudah tentu ini tidak ada kaitan dengan politik. 

“Sebagai seorang penduduk biasa di Pulau Pinang, beliau berasakan tindakan Muhammad Sanusi melampau, berbahaya untuk negara,” katanya. 

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas pendirian Menteri Besar Kedah itu, yang tetap berdegil dan mendakwa Pulau Pinang adalah milik kerajaan Kedah.

Walaupun diasak dan dikecam hebat akibat dakwaan tersebut, Muhammad Sanusi tetap mempertahankan kenyataan dibuat.

Dua hari lalu, beliau menyatakan kesediaan untuk ke mahkamah berhubung dakwaan berkenaan.

Menurutnya, beliau juga bersedia disiasat polis berhubung dakwaan itu kerana pihaknya mempunyai banyak 'sandaran' mengenai perkara itu.

Membidas kenyataan itu, Guan Eng berkata, Muhammad Sanusi cuba gunakan fakta sejarah sebagai alasan untuk mengukuhkan kenyataannya. 

“Kalau dari perspektif sejarah, adakah Sanusi akan mengambil Perlis selepas ini? Adakah Ketua Menteri Melaka paling berkuasa kerana banyak negeri dahulunya di bawah kesultanan Melayu Melaka? 

“Kalau ikutkan fakta sejarah, banyak tuntutan boleh dibuat. Tetapi begitulah, sejarah sudah berlalu, Malaysia sudah pun mendapat kemerdekaan dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Bagan itu, isu terbabit perlu dilihat dari sudut perundangan.

“Sempadan Pulau Pinang dan Kedah telah disempadankan dan dijadikan undang-undang di bawah Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985, dan ini telah dipersetujui oleh kedua-dua negeri serta Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan.

“Pernahkah Muhammad Sanusi bangkitkan isu ini semasa PN (Perikatan Nasional) memerintah di Putrajaya? Tidak, tidak sekalipun,” katanya.

Tegas Guan Eng, tindakan Muhammad Sanusi hanya membangkitkan isu berkenaan selepas Kerajaan Perpaduan mentadbir membuktikan beliau sebenarnya tidak ikhlas dalam perjuangan itu.

“Sekarang, baru nak bangkitkan isu ini. Ini menunjukkan dia bukan betul-betul ikhlas nak perjuangkan, tapi nak jadikan ini sebagai alat politiknya. Hanya menipu dan mewujudkan permusuhan rakyat. 

“Demi mendapat modal politik, dia sanggup menggadaikan keharmonian rakyat dan perpaduan negara serta segala-galanya. Ini langsung tidak boleh diterima,” katanya.

Desak mantan Menteri Kewangan itu lagi, PAS pusat dan PAS negeri Pulau Pinang harus menyatakan pendirian mereka terkait itu berkenaan.

“Rakyat Pulau Pinang minta mereka nyatakan dengan jelas pendirian mereka.

“Jangan diam sahaja dan biarkan rakan parti mereka terus-menerus menyerang kedaulatan dan keabsahan Pulau Pinang. Jangan jadi pengkhianat negeri Pulau Pinang. Penang tetap Penang,” tegasnya. - Getaran, 4 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 4 hari yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah