web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nahas Kereta Api India: Malaysia Sampaikan Ucapan Takziah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 1:25PM

Seramai 300 orang terkorban dalam nahas kereta api yang berlaku di Odisha, India pada Jumaat lalu dan disifatkan sebagai di negara itu dalam tempoh 20 tahun. - Gambar dari Twitter @DailyLoud

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nahas kereta api yang meragut hampir 300 nyawa di Odisha, India menerima simpati meluas masyarakat dunia, termasuk Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau amat sedih dengan tragedi berkenaan.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia turut mendoakan agar misi menyelamat semua mangsa berjalan dengan lancar.

Zambry Abd Kadir - Gambar fail
Zambry Abd Kadir - Gambar fail

“Saya amat sedih mendengar berita mengenai tragedi kereta api di negeri Odisha yang meragut ratusan nyawa dan mencederakan ramai lain.

“Takziah kepada semua mangsa terlibat dan keluarga mereka. Semoga mereka yang cedera segera sembuh,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpangkalan di New Delhi turut tidak ketinggalan merakamkan ucapan takziah.

“Kami bersama dengan kerajaan dan rakyat India mendoakan misi menyelamat akan berjaya dan kami juga turut bersimpati kepada waris mangsa,” ciap suruhanjaya itu di Twitter.

Tragedi melibatkan kereta api Coromandel Express yang dalam perjalanan ke Chennai dan kereta api Yesvantpur-Howrah Superfast itu berlaku apabila kedua-duanya bertembung, menyebabkan satu daripada kereta api berkenaan melanggar kereta api kargo.

Insiden tersebut yang berlaku lewat Jumaat lalu disifatkan sebagai terburuk di India dalam tempoh lebih 20 tahun.

Pegawai kereta api India dipetik sebagai berkata, kerja-kerja membersihkan lokasi nahas dan membaik pulih landasan sedang dijalankan.

Tragedi itu telah mencetuskan persoalan mengenai piawaian keselamatan dan pembiayaan terhadap rangkaian rel India. 

Perdana Menteri India, Narendra Modi yang melawat lokasi nahas di daerah Balasore Odisha semalam berikrar akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang didapati bersalah hingga menyebabkan nahas tersebut berlaku.

Terdapat sekitar 67,000 kilometer landasan kereta api di India dan negara itu mengendalikan 14,000 kereta api setiap hari. - Getaran, 4 Jun 2023


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad