web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna Saluran Rundingan Selesaikan Isu Kedah - Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 6:21PM

Mahdzir Khalid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemelut melingkari kerajaan Kedah dan Pulau Pinang, susulan dakwaan dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor seharusnya diselesaikan menerusi kaedah rundingan.

Tampil dengan pandangan agak berbeza, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dakwaan dibuat Muhammad Sanusi mungkin berpunca daripada tuntutan caj air mentah ke atas negeri jirannya itu yang sudah berlarutan sekian lama. 

Menurut Mahdzir, beliau optimis isu berkenaan bermula daripada sumber bekalan air dari Kedah yang pergi ke Pulau Pinang.

"Air itu daripada hulu Kedah mengalir (melalui) Sungai Muda yang hujungnya ada sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang, itu yang jadi pertikaian yang panjang dan sudah lama. 

"Jadi saya fikir paling baik sekali adalah bawa berunding untuk menyelesaikan (isu) antara Pulau Pinang dan negeri Kedah,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke- 7, Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Wilayah Alor Setar, di Dewan Felda Lubuk Merbau di Kuala Nerang, semalam.

Mahzir berbual dengan peserta yang hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke- 7, Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Wilayah Alor Setar, di Dewan Felda Lubuk Merbau di Kuala Nerang, semalam.
Mahzir berbual dengan peserta yang hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke- 7, Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Wilayah Alor Setar, di Dewan Felda Lubuk Merbau di Kuala Nerang, semalam.

Mantan Menteri Besar Kedah itu menyatakan demikian sebagai mengulas  ketegangan yang berlaku gara-gara dakwaan dibuat Muhammad Sanusi, kononnya Pulau Pinang adalah milik kerajaan Kedah.

Menjelaskan lebih lanjut Mahdzir berkata, dakwaan dibuat Sanusi itu mungkin bersandarkan kepada bayaran (pajakan) yang dibuat  oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kedah berbanding Pulau Pinang.

Katanya, tuntutan caj air mentah terhadap Pulau Pinang pernah dibangkitkan ketika beliau menyandang portfolio Menteri Besar Kedah.

“Pendekatan saya ketika itu bagaimanapun berbeza apabila lebih memilih untuk mengadakan rundingan. 

"Cara kita bangkit pada waktu itu kita duduk di meja, kita berunding, ada yang boleh diberi perhatian dan ada benda yang dia ada pro and cons lah, bila kita buat analisa kita dapati ada juga perkara yang kemungkinan kita tak dapat,” katanya.

Pada 2021, media melaporkan kerajaan Kedah menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan selepas ia tidak pernah dinilai semula sejak tahun 1786.

Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, ketika ini kerajaan negeri hanya menerima bayaran khas sebanyak RM10 juta setahun sejak 2018 dan royalti sebanyak RM10 ribu setahun.

Mengulas mengenai bayaran khas berjumlah RM200 juta kepada Kedah berikutan pengorbanan negeri itu dalam memastikan keterjaminan makanan negara dan sumber air untuk negeri jiran, Mahdzir berkata,  tuntutan tersebut sudah dilakukan sejak zaman pemerintahan Allahyarham Datuk Seri Syed Razak Syed Zain. 

"Ketika Allahyarham menjadi Menteri Besar (1999-2005), dituntut supaya satu penilaian mesti dibuat, berapa keluasan padi dan berapa keluasan hutan yang tak boleh ditebang dan (sebab) itu dibuat surat pada waktu itu. 

"Kemudian saya menjadi Menteri Besar, saya pun dah buat surat kepada kerajaan Persekutuan, saya ingat bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pun mungkin pernah buat surat yang sama.

"Jadi bukanlah satu benda baharu tuntutan kepada kerajaan Persekutuan mengenai dengan sawah padi dan juga kawasan hutan (di Kedah) ini," katanya. - Getaran, 4 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah