web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Semoga Seri Paduka Kekal Sihat Untuk Memerintah Negara' - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 9:30PM

Sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Masjid Negara terlebih dahulu mengadakan majlis bacaan Yassin dan doa selamat pada Khamis lalu, yang disertai lebih 1,000 jemaah. - Gambar dari Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diharap terus berada dalam keadaan sihat untuk mentadbir negara secara adil dan saksama.

Menzahirkan ucapan sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi baginda esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Seri Paduka menyandang kedudukan tertinggi dalam Perlembagaan negara.

Kedudukan itu jelas beliau, seiring fungsi institusi Diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan serta kesejahteraan semua kaum di Malaysia.

“Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

“Patik bagi pihak Kerajaan Perpaduan mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,” katanya menerusi hantaran khas di Facebook, malam ini.

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

Anwar berkata, beliau mewakili seisi negara mendoakan agar baginda kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan. 

“Dirgahayu Tuanku,” katanya.

Sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Masjid Negara terlebih dahulu mengadakan majlis bacaan Yassin dan doa selamat pada Khamis lalu, yang disertai lebih 1,000 jemaah.

Turut menghadiri majlis berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.

Majlis tersebut bermula pada jam 7.00 malam dengan bacaan Yassin dan doa selamat yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni sebelum diteruskan dengan solat Maghrib.

Pada majlis itu, semua jemaah yang hadir turut bersama-sama menyertai solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan perlindungan untuk seluruh rakyat, dalam menghadapi cuaca panas susulan peralihan monsun ketika ini. - Getaran, 4 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 17 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka