web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Main Isu Kontroversi Cara Sanusi Alih Kemarahan Rakyat - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Jun 2023 5:03PM

Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat Kedah sebenarnya ketika ini sedang memendam rasa marah yang teramat kepada kerajaan negeri - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Serangan berterusan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kontroversi membabitkan isu Kedah - Pulau Pinang hanyalah cubaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk mengalih kemarahan rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat Kedah sebenarnya ketika ini sedang memendam rasa marah yang teramat kepada kerajaan negeri.

Menurut beliau, masalah air di negeri tersebut masih berlarutan dan gagal diselesaikan oleh jentera pentadbiran Kedah sehingga kini.

“Isu Pulau Pinang milik Kedah dan serang PMX berterusan tujuannya cuma satu, rakyat Kedah dok marah pasai isu air. Kemarahan meluas. 

“Apa lagi cara Sanusi utk kalih kemarahan ini,” katanya, sinis.

Saifuddin menyatakan demikian sebagai membidas kenyataan Sanusi bahawa Anwar tidak layak bercakap mengenai keperitan dan kepayahan dialami golongan miskin.

Menyelar kenyataan Sanusi itu, Saifuddin berkata, hakikatnya Perdana Menteri pernah dipenjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memperjuangkan nasib penduduk miskin di Baling, Kedah.

“Kritikan terbaru MB (Menteri Besar) Kedah bahawa DS (Datuk Seri) Anwar tak layak cakap hal kemiskinan rakyat.

“Hujah Sanusi, Anwar datang dari famili Umno, belajar di MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar). Takat tu saja hujahnya,” katanya.

Jelas Saifuddin, beliau tidak berniat untuk berhujah panjang kerana menyedari rakyat negara ini tidak naif untuk sekadar menerima apa yang dihujahkan Sanusi.

“Tamat belajar di UM (Universiti Malaya), (Anwar) terus buka Yayasan Anda di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Sekolah ini beri peluang kedua kepada pelajar yang rata-rata dari keluarga miskin. 

“Minggu pertama menjawat PM (Perdana Menteri), terus umum bantuan tunai kepada penanam padi yang umum tahu sangat dekat dengan kemiskinan,” katanya.

Tegas Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu itu, Sanusi sudah dikenali sewaktu mereka berada di bawah panji Pakatan Rakyat.

“Beliau SuPol (Setiausaha Politik) Almarhum Ustaz Azizan Razak MB Kedah tika itu. Kami saling mengenali langkah politik masing-masing,” katanya. - Getaran, 6 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global