web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembangunan Semula Pangsapuri Di Cheras Babit Lebih 5,000 Unit

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 5:19PM

Tapak pembinaan Projek Penswastaan Pembangunan Semula Pangsapuri Kos Rendah Sri Pulau Pinang, Sri Melaka, Sri Johor dan Taman Ikan Emas, Bandar Tun Razak, Cheras dilaksanakan untuk menaik taraf kehidupan penduduk dengan persekitaran kediaman yang lebih selesa - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,650 unit rumah gantian khusus bagi golongan B40 dibina menerusi Projek Penswastaan Pembangunan Semula Pangsapuri Kos Rendah Sri Pulau Pinang, Sri Melaka, Sri Johor dan Taman Ikan Emas di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata daripada jumlah itu, 859 milik individu manakala 4,791 lagi merupakan unit sewaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Projek di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan melalui kerjasama awam-swasta itu bertujuan menaik taraf kehidupan penduduk dengan persekitaran kediaman yang lebih selesa kerana setiap unit rumah sedia sudah menjangkau usia setengah abad, selain memiliki keluasan rumah yang kecil dan kekurangan fasiliti asas seperti lif, surau dan dewan.

"Unit baharu berkeluasan 850 kaki persegi itu turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti surau, tadika, dewan, unit kedai dan pejabat pengurusan," katanya dalam sidang media mengenai projek berkenaan selepas meluangkan masa kira-kira sejam melawat tapak dan memantau tahap kemajuan pelaksanaan projek itu, di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah berkata Projek Penswastaan Pembangunan Semula itu mempunyai dua fasa pelaksanaannya melibatkan kos sejumlah RM1.19 billion di atas kawasan berkeluasan 55.948 hektar (138.25 ekar).

"Fasa Satu yang membabitkan 1,192 unit, kini sedang dalam pelaksanaan termasuk kerja-kerja pengalihan utiliti bermula sejak Julai 2022, selepas penyelesaian isu-isu tanah yang mengambil masa beberapa tahun, dijangka siap 2026.

"Fasa Kedua pula akan bermula selepas penyiapan dan pembangunan Fasa Satu diserahkan kepada DBKL. Setiap fasa pembangunan mengambil masa selama empat tahun dan dijangka siap pada 2030," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Sub Zon Satu Pangsapuri Kos Rendah Parlimen Bandar Tun Razak, Hanafiah Md Amin bersyukur apabila projek pembangunan semula yang ditunggu-tunggu akhirnya tercapai.

"Alhamdulillah, akhirnya impian kami (penduduk) menjadi kenyataan, tambahan pula projek ini sebenarnya sudah lama dirancang iaitu sejak empat pilihan raya umum yang lepas. Kami sememangnya menanti-nantikan saat ini ," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Pembangunan Semula Bukan Untuk Syok Sendiri, Perlu Fikir Keselesaan Penghuni

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Aksi Romantis PM, Isteri Menyentuh Hati, Buatkan Netizen Mengalir Air Mata

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: Wan Azizah Tak Kisah Berdepan Kamaruddin, Yakin PH Menang Di BTR

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'