web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 Dibentang Di Parlimen 12 Jun Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 7:14AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibentang di Parlimen 12 Jun ini untuk bacaan kali pertama, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Sebelum ini, pada 26 Mei lepas, Dr Zaliha menyifatkan perkara itu satu kejayaan buat Kementerian Kesihatan (KKM) apabila mendapat sokongan Kabinet agar RUU tersebut dibentang.

“Alhamdulillah kita telah selesai sesi libat urus melibatkan pelbagai pihak dan telah mendapat pelbagai input... saya ulangi bahawa keputusan kita untuk membentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 adalah rentetan daripada keputusan yang dibuat oleh Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat berkaitan RUU itu kepada media semalam dan menambah KKM telah memasukkan kesemua 23 cadangan pindaan terdahulu serta lima cadangan baharu. 

Dr Zaliha berkata pihaknya telah banyak membuat pindaan dan turut mengambil kira pandangan yang diterima daripada perbahasan serta jawatankuasa pilihan khas Parlimen pada sesi lepas.

"RUU ini adalah RUU yang lebih komprehensif dan meliputi bukan sahaja rokok konvensional tetapi juga rokok alaf baharu termasuk elektronik serta rokok combustible,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata RUU itu masih mengekalkan peruntukan dasar generasi penamat (GEG) manakala perubahannya adalah pada cohort generasi yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya.

“Peruntukan dasar generasi penamat rokok bakal menyekat masalah merokok terutama dalam kalangan belia iaitu kumpulan produktiviti yang merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara serta menyelamatkan 2.07 juta nyawa,” katanya.

Dr Zaliha juga berkata RUU baharu ini berkonsepkan Win-Win Solution: Navigating Differences through Collaborative Compromise dengan berpandukan dapatan kajian terkini yang akan dibentang dalam Laporan Berkala sebelum 1 Jan 2025.

“Pendekatan ini menunjukkan bahawa kerajaan komited dengan pelaksanaan generasi penamat rokok juga disokong oleh ramai termasuk badan bukan kerajaan, badan profesional serta persatuan ibu dan bapa,” katanya.

Beliau berkata isu kelompongan kawalan (lacuna) susulan pengecualian cecair nikotin yang digunakan dalam rokok elektronik atau vape dikecualikan daripada Akta Racun 1952 dapat diatasi dengan kawalan utama dari segi pengiklanan, pembungkusan, kawalan penjualan di sekolah, institut pengajian tinggi awam dan lain-lain.

Katanya semua isu yang dibahas semasa pembentangan RUU terdahulu termasuk semakan kehakiman, pemeriksaan badan serta penguatkuasaan yang meluas telah dipinda seperti syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Menimbang RUU Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022.

Menyentuh langkah mengurangkan denda daripada RM5,000 kepada RM500, Dr Zaliha berkata ia bertujuan untuk tidak membebankan sebaliknya mendidik. 

Selain itu, beliau berkata jika kerajaan tidak melaksanakan peruntukan ini, beban kos bagi merawat komplikasi penyakit akan meningkat sebanyak RM 8.77 bilion untuk komplikasi penggunaan rokok konvensional dan RM369 juta untuk komplikasi penggunaan rokok elektronik menjelang tahun 2030. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Degil Jual Vape Di Johor Berdepan Tindakan Tegas - Exco

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka