web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Lelaki Separuh Bogel Ditemui, Trauma Tumpul Punca Kematian - Polis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 2:04PM

Satu mayat lelaki separuh bogel yang hanya berseluar dalam ditemui di tepi jalan Felda Maokil-Bukit Kepong, Lenga, dekat Muar, Sabtu lalu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu mayat lelaki separuh bogel yang hanya berseluar dalam ditemui di tepi jalan Felda Maokil-Bukit Kepong, Lenga, dekat Muar, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhriz Mukhliz Azman Aziz berkata, mayat itu ditemui sekitar jam 11.50 pagi di tempat pembuangan sampah.

Menurut beliau, pemeriksaan fizikal oleh Pasukan Forensik Zon Utara dan Pasukan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mendapati mayat itu telah mula mereput.

“Kita percaya lokasi mayat ditemui ialah tempat pembuangan sampah berdasarkan longgokan sampah yang ada di situ.

“Mayat itu juga tidak memiliki sebarang identiti,” katanya dalam satu kenyataan, lewat malam tadi.

Raiz Mukhliz berkata, bedah siasat oleh unit forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah mendapati, kematian mangsa berpunca daripada kecederaan akibat trauma tumpul.

“Kejadian ini dipercayai ada unsur jenayah.

“Polis masih menyiasat sama ada lokasi penemuan ialah tempat mangsa dibunuh atau tempat kejadian kedua (lokasi mayat dibuang),” katanya.

Jelas beliau, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar bagi membantu siasatan.

“Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Zakini Ab Latif menerusi talian 013-233 8184,” katanya. - Getaran, 7 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Identiti Mayat Wanita Ditemukan Disimen Dalam Kolah Masih Belum Dikenal Pasti

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Mayat Dalam Kolah: Lelaki Warga Asing Direman Seminggu

4

9 bulan yang lalu

2 Warga Asing Dicari, Ada Kaitan Dengan Mayat Dalam Kolah Mandi - Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka