web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 9:32AM

Kerajaan Singapura sama sekali tidak menerima sebarang perkataan atau tindakan yang memudarat serta menyinggung pihak lain. - Gambar Singapore High Comm

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jenaka dipersembahkan pelawak Jocelyn Chia yang jelas menghina dan memperlekehkan Malaysia tidak mewakili pandangan atau pendirian Singapura.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Vanu Gopala Menon berkata, beliau amat terkejut dengan penghinaan dilemparkan Chia.

Menurut beliau, kerajaan Singapura sama sekali tidak menerima sebarang perkataan atau tindakan yang memudarat serta menyinggung pihak lain.

“Chia yang bukan lagi rakyat Singapura sama sekali tidak mewakili pandangan kami.

“Saya dengan seikhlas hati memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas penghinaan dilemparkan wanita tersebut,” katanya.

Sebagai jiran terdekat jelas Vanu Gopala lagi, Singapura dan Malaysia memiliki hubungan bilateral yang amat kukuh.

“Kedua-dua negara juga memiliki sejarah dan hubungan persaudaraan yang amat akrab sesama rakyat.

“Komen dan penghinaan seperti dilakukan Chia amat tidak membantu dan boleh menjejaskan kepercayaan serta persahabatan yang terjalin selama ini antara kedua-dua negara dan rakyatnya,” katanya.

Klip persembahan Jocelyn, pelawak Singapura yang kini menetap di Amerika Syarikat tular di media sosial dan menerima kecaman hebat jutaan penonton apabila dia dengan sengaja menyelitkan jenaka menghina Malaysia.

Menggambarkan Malaysia sebagai negara membangun dan jauh ketinggalan berbanding Singapura, wanita terbabit turut menyelitkan tragedi MH370 yang disifatkan sebagai satu jenaka kerana masih gagal ditemui sehingga hari ini.

Video berkenaan menerima pelbagai reaksi, termasuk daripada Intan Maizura Othaman, iaitu isteri kepada pramugara pesawat MH370, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan.

Menerusi hantaran di Instagram, Intan Maizura menyifatkan persembahan Chia itu sama sekali tidak menggelikan hati, malah amat biadab dan tidak berperikemanusiaan.

“Menjadikan satu tragedi sebagai bahan lawak ialah satu perbuatan gila seorang individu yang tidak berhati perut,” katanya.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menerusi satu kenyataan lewat malam tadi dipetik sebagai berkata, persembahan Chia itu jelas menggambarkan perilaku yang amat bertentangan dengan tata susila masyarakat Asia.

Beliau turut berharap insiden seumpama itu tidak berulang lagi demi memastikan rasa hormat kepada setiap negara terus terpelihara. - Getaran, 8 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 9 bulan yang lalu

Mahasiswa, Tenaga Pengajar, Pentadbir Fokus Zambry Pacu Pendidikan Tinggi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PUSPAL Tidak Terima Permohonan Penganjuran Program 'Apology Tour' Libatkan Jocelyn Chia, Chrissie Mayr

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Johor Terima 2 Laporan Berkaitan Jocelyn Chia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Konteks Penting Hilang: Jocelyn Pertahan Komedi MH370

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah