web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bahana Diserang ‘Tentera Bawang’, Akaun Media Sosial Chia Dipadam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 12:01PM

Beberapa akaun di media sosial milik Jocelyn Chia jadi tumpuan. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dikecam hebat dan menerima ‘serangan’ bertali-arus netizen kerana jenaka yang menghina Malaysia, akaun media sosial milik pelawak kontroversi, Jocelyn Chia didapati sudah dipadamkan.

Tinjauan Getaran mendapati, akaun Instagram milik Chia yang menggunakan nama @chiacomedy tidak lagi wujud.

Bagaimanapun, sebuah lagi akaun menggunakan nama @chiiacomedy dilihat masih aktif, walaupun tidak membuat sebarang hantaran.

Profil akaun itu turut menyertakan pautan untuk pengikut melayari beberapa platform lain digunakan, antaranya TikTok dan Youtube.

Di Twitter, akaun Chia yang menggunakan nama @chiacomedy juga tidak lagi kelihatan.

Akaun berkenaan sebelum ini terlebih dahulu digantung, dipercayai selepas ‘serangan’ netizen yang bertindak membuat laporan kepada pengurusan Twitter. 

Sementara itu di TikTok, akaun Chia yang menggunakan nama @jocelynchiacomedy masih lagi aktif, dengan hantaran terbaru dimuat naik sekitar lapan jam lalu.

Hantaran memaparkan klip jenaka kontroversi tersebut dipercayai sudah dipadamkan sebelum ini, tetapi dimuat naik buat kali kedua oleh wanita berkenaan.

Ruangan komen pada akaun tersebut bagaimanapun sudah ditutup. 

Jocelyn Chia, pelawak kelahiran Singapura yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menjadi sasaran terbaru netizen apabila menghina dan memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan.

Bukan sekadar menyifatkan Malaysia sebagai negara membangun, Chia turut menyelitkan tragedi MH370 dalam persembahan terbabit.

Jenaka tersebut mengundang kemarahan jutaan netizen, termasuk Intan Maizura Othaman, iaitu isteri kepada pramugara pesawat terbabit, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan. 

Menerusi hantaran di Instagram, Intan Maizura menyifatkan persembahan Chia itu sama sekali tidak menggelikan hati, malah amat biadab dan tidak berperikemanusiaan.

“Menjadikan satu tragedi sebagai bahan lawak ialah satu perbuatan gila seorang individu yang tidak berhati perut,” katanya.

Insiden yang turut mendapat reaksi Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir itu menyebabkan Suruhanjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia mengeluarkan permohonan maaf, hari ini.

Menerusi kenyataan terbabit, Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Manu Gopala Venon dipetik sebagai berkata, penghinaan dilemparkan Chia tidak mewakili pandangan atau pendirian republik berkenaan.

Beliau juga mengesahkan bahawa Chia juga bukan lagi rakyat Singapura selepas berhijrah ke AS. - Getaran, 8 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

3

Seni & Hiburan 4 bulan yang lalu

Pembatalan Permit Persembahan Sharul Channa Ambil Kira Laporan Polis Video Berkait Isu 3R

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini