web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bayi 4 Bulan Maut Dalam Jagaan Pengasuh, Alami Kecederaan Parah Di Kepala

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 5:33PM

Menurut Anni Nazifah, anak saudaranya yang dikenali sebagai Naufal sebelum itu terpaksa ditidurkan kerana mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala. - Gambar dari Facebook Anni Nazifah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bayi berusia empat bulan maut, selepas dikatakan tidak sedarkan diri sewaktu berada dalam jagaan pengasuh, di Dungun, Terengganu pagi tadi. 

Kematian bayi malang itu dikongsi oleh ibu saudaranya, dikenali sebagai Anni Nazifah di Facebook.

Menurut Anni Nazifah, anak saudaranya yang dikenali sebagai Naufal sebelum itu terpaksa ditidurkan kerana mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala.

Bayi itu jelas beliau, terlebih dahulu dirujuk ke Hospital Kuala Terengganu kerana kecederaan serius yang dialami.

“Assalamualaikum semua. Tolong doakan ada keajaiban dan  kesembuhan untuk anak sedara saya yang berusia empat bulan tak sedarkan diri di tangan pengasuh dan dibawa ke Hospital Dungun.

“Keadaan sangat kritikal dan dibawa ke Hospital Kuala Terengganu. Kes dalam siasatan lagi,” katanya, sedih.

Selang tujuh jam selepas memuat naik hantaran berkenaan, Anni Nazifah bagaimanapun memaklumkan anak malang tersebut tidak berjaya diselamatkan.

“Terima kasih semua semua yang mendoakan. Baby Naufal tak dapat diselamatkan lagi. Naufal dah kuat untuk teruskn tapi Allah lebih sayangkan Baby Naufal.

“Semoga Kak Gee dan abang ipar kuat hadapi dugaan. Baby Naufal tunggu kami di syurga ya. Al Fatihah untuk Baby Naufal. Sedihnya Naufal pergi selamanya dalam keadaan kesakitan,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis, punca kematian Naufal masih belum diketahui.

Ruangan komen pada hantaran Anni Nazifah itu turut dihujani ucapan takziah, termasuk daripada rakan dan saudara mara. - Getaran, 9 Jun 2023







 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi