web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Timbang Tanam Padi 5 Musim, Sedang Nilai Kaedah Pelaksanaan - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 12:42PM

Mesyuarat turut membincangkan usaha mempertingkatkan peranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam menjadi agensi utama untuk menjamin ketersediaan bekalan makanan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penanaman padi sebanyak lima musim dalam tempoh dua tahun sedang dipertimbangkan, bagi meningkatkan produktiviti penanaman padi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menilai kaedah pelaksaan bagi memastikan cadangan tersebut dapat direalisasikan dengan segera.

Menurut beliau, ia adalah antara intipati perbincangan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (JKSMN) yang bermesyuarat buat kali pertama di Putrajaya, semalam.

“Kerajaan juga berhasrat mengambil pendekatan berpaksikan kesinambungan bekalan makanan negara agar ia kekal terjamin.

“JKSMN berperanan merangka dasar serta strategi sekuriti makanan yang lebih holistik dan mampan,”  katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mesyuarat terbabit turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof, menteri-menteri Kabinet berkaitan serta pegawai kanan kerajaan.

Jelas Perdana Menteri, JKSMN kali ini turut memberi tumpuan memperkukuhkan sekuriti makanan negara dengan mengambil kira faktor yang memberi kesan kepada pertanian seperti perubahan iklim, kekangan sumber, konflik geopolitik, kemudahsampaian makanan, jurang pendapatan dan amalan pemakanan.

“Mesyuarat turut membincangkan usaha mempertingkatkan peranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam menjadi agensi utama untuk menjamin ketersediaan bekalan makanan.

“Mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan untuk memodenkan aktiviti penternakan melalui kaedah sistem penternakan secara tertutup bagi menggalakkan pengurusan ladang yang produktif dan selamat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata, tiga kertas kerja diteliti dalam mesyuarat tersebut bagi menambah baik ekosistem agromakanan negara, khususnya dalam mencapai sasaran keterjaminan makanan yang mencukupi.

“Faktor sosioekonomi seperti pendapatan penduduk, kos logistik dan harga makanan yang mempengaruhi kebolehcapaian kepada makanan yang cukup, selamat dan bernutrisi perlu diberi perhatian khusus dalam mencatur langkah menangani ketidaktentuan sekuriti makanan,” katanya.

Jelas jurucakap tersebut, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan defisit perdagangan .

“Ia dilakukan menerusi usaha memperkukuh aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi variasi benih penanaman dalam negara.

“KPKM juga berusaha meningkatkan prestasi eksport produk hiliran berasaskan pertanian dan merancakkan aktiviti pengeluaran makanan secara domestik,” katanya.

Tambah jurucakap itu, Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) selama -6 hari yang bermula pada 15 hingga 30 April lalu turut berhasil membantu mengurangkan impak kenaikan harga.

“Keberhasilannya turut dibantu oleh inisiatif Menu Rahmah yang dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,” katanya. - Getaran, 10 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini