web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 PRN Bakal Jadi Ujian Untuk Rakyat, Penentu Nasib Dan Pencapaian Negara 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 5:30PM

PRN bagi enam negeri pada Ogos nanti bakal menjadi ujian kepada rakyat Malaysia dalam menentukan pencapaian negara ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos nanti akan menjadi ujian kepada rakyat Malaysia, untuk sekali lagi tampil sebagai juara dunia, dan tidak merosot kepada sebuah negara yang gagal, berpecah belah dan kleptokratik.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, tidak ada mana-mana pihak yang meminta rakyat untuk berhenti menjadi seorang Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan.

Menurut beliau, rakyat negara ini juga tidak dihalang untuk bergelar seorang Muslim, Buddha, Kristian, Hindu, Tao, atau Sikh.

“Kita sebaliknya perlulah pertamanya menjadi rakyat Malaysia dan meletakkan semua identiti lain di tempat kedua,” katanya menerusi hantaran terbaru di blog.

Kit Siang memberitahu, beliau berada di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya, semalam untuk menghadiri Istiadat Perarakan Panji Yang di Pertuan Agong.

Istiadat berkenaan katanya, adalah upacara yang sangat meriah dan ia mengingatkan beliau kepada enam PRN berkenaan.

 Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

“Malaysia perlu menetapkan semula dasar dan hala tuju negara kepada prinsip yang telah diterapkan oleh barisan tokoh kemerdekaan negara dalam Perlembagaan dan Rukun Negara,” katanya.

Jelas Kit Siang, ia mencakupi prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dengan kebebasan untuk agama-agama lain, tadbir urus baik, integriti awam dengan rasuah yang minima.

Sebuah kerajaan yang jujur dan bersih, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, usaha menghentikan segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan.

Kesihatan dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan negara, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya,” katanya.

“Inilah cabaran dalam enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada bulan Ogos nanti.

“Bolehkah Malaysia diselamatkan? Saya percaya masih boleh,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu bagaimanapun menegaskan, usaha untuk sekadar menyelamatkan Malaysia itu tidak mencukupi dan rakyat perlu bertindak lebih agresif.

“Rakyat Malaysia perlu meletakkan fikiran serta tenaga mereka untuk menyelamatkan dunia dan mengelakkan dari terjadinya pertembungan antara tamadun.

“Malaysia dengan ciri-ciri majmuknya (berada) di titik pertemuan empat tamadun hebat dunia iaitu Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat,” katanya.

Malaysia ujarnya lagi, mempunyai peranan unik untuk menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi serta keharmonian antara etnik, agama, budaya dan tamadun kepada dunia.

“Ancaman terbesar terhadap keamanan dunia pada hari ini adalah keengganan Amerika Syarikat (AS) untuk menerima yang mereka bukanlah lagi kuasa besar nombor satu dunia.

“Bagaimana perkara hubungan antarabangsa ini dapat diterima oleh AS akan menjadi cabaran terbesar umat manusia dalam abad ke-21, dan rakyat Malaysia boleh serta perlu mainkan peranan dalam cabaran ini,” katanya. - Getaran, 11 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global