web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Siasat Video Gaduh Remaja Perempuan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 9:46AM

Siasatan mendapati kedua-dua mereka telah berbaik semula selepas kejadian dan tidak mahu hal berkenaan dipanjangkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang menjalankan siasatan ke atas rakaman video pergaduhan melibatkan dua remaja perempuan di Bagan Serai, Perak.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, siasatan awal mendapati insiden berkenaan berlaku 9 Jun lalu sekitar jam 10 pagi.

Menurut beliau, kedua-dua remaja berkenaan berusia 12 dan 17 tahun.

“Identiti mereka telah dikenal pasti dan kedua-duanya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian bersama keluarga masing-masing kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya lewat malam tadi.

Juna berkata, siasatan mendapati kedua-dua mereka telah berbaik semula selepas kejadian dan tidak mahu hal berkenaan dipanjangkan.

“Susulan itu, keluarga kedua-duanya telah membuat laporan hari ini (semalam) pada jam 7.21 malam bagi menyatakan persetujuan untuk tidak memanjangkan kes,” katanya.

Jelas beliau, siasatan bagaimanapun akan diteruskan dengan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video berkenaan.

“Individu yang terlibat menyebarkan video palau di media sosial boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. 

Video pergaduhan tersebut yang berdurasi 48 saat dikesan pihak polis selepas ia tular di media sosial.

Menerusi rakaman, dapat dilihat sekumpulan remaja perempuan sedang berkumpul bagi menyaksikan satu pergaduhan antara dua remaja perempuan. - Getaran, 12 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah