web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tasik Chini Kekal Status Rizab Biosfera UNESCO - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 7:00AM

Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tasik Chini di Pahang berjaya mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia diputuskan mesyuarat the 35th Session of the International Coordinating Council of Man and the Biosphere Programme (ICC MAB35) 2023 di Paris, Perancis kelmarin.

Beliau berkata mesyuarat itu mendapati semakan berkala kawasan tapak itu menepati kriteria Statutory Framework of the World Network of Biosphere Reserves (WNBR) dan syor International Advisory Committee for Biosphere Reserves (IACBR) dengan mengambil kira usaha yang telah diambil bagi menambah baik pengurusan tapak berkenaan.

“Ini termasuk mengemas kini pengezonan bagi mengekalkan fungsi Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, mewartakan Hutan Simpan Kekal Chini, menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan melaksanakan moratorium terhadap aktiviti perlombongan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menyifatkan keputusan itu sangat membanggakan kepada negara dan negeri Pahang, Nik Nazmi turut mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Pahang atas pengiktirafan itu dan berharap pengurusan tapak berkenaan terus ditambah baik.

Menurut beliau, Tasik Chini merupakan tapak rizab biosfera pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan pada 2009 dan di Malaysia terdapat dua lagi tapak rizab biosfera iaitu Banjaran Crocker, Sabah dan Bukit Bendera, Pulau Pinang yang masing-masing mendapat pengiktirafan pada 2014 dan 2021. - Bernama

TAG: NRECC, Tasik Chini, Tapak Rizab Biosfera, UNESCO

Berita Berkaitan

1

Budaya 9 bulan yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

2

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Kementerian Luar Palestin Sambut Baik Draf Resolusi UNESCO Mengenai Gaza

3

Pendidikan 10 bulan yang lalu

Fadlina Ketuai Delegasi Malaysia Ke Persidangan Agung UNESCO Di Paris

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Beriani Johor, Zapin Akan Dicalon Warisan Tidak Ketara UNESCO

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad