web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantuan Segera Penoreh Tangani Musim Panas Dibincang Di Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 9:24AM

Bantuan segera bagi membantu penoreh serta pekebun kecil getah dalam menangani musim panas antara isu yang akan dibincangkan di hari terakhir sidang Dewan Rakyat, hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bantuan segera bagi membantu penoreh serta pekebun kecil getah dalam menangani musim panas antara isu yang akan dibincangkan di hari terakhir sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu akan dikemukakan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

Turut menjadi tumpuan ialah pertanyaan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai langkah drastik untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan, susulan tindakan Vietnam yang mengambil langkah mengurangkan eksport beras mereka.

Isu El Nino dan impaknya terhadap bekalan makanan negara juga akan menjadi topik perbincangan hari ini, daripada soalan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) ketika  sesi soal jawab yang mahu tahu langkah yang sedang direncana kerajaan bagi menangani isu itu.

Sementara itu, Cha Kee Chin (PH-Rasah) pula mahu tahu langkah kementerian dalam meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap pengambilan dos penggalak kedua bagi mengelakkan pembaziran vaksin COVID-19.

Selain itu, Kertas Putih Kesihatan dijangka dibentang hari ini selepas ia tidak sempat dibentang ketika sidang Dewan Rakyat semalam.

 Kertas Putih Kesihatan itu yang merangkumi dasar komprehensif dalam mereformasikan sistem kesihatan untuk dilaksana secara berperingkat selama 15 tahun dijadual dikemukakan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa selepas beliau membentangkan Rang Undang-Undang Makanan (Pindaan) 2023 untuk bacaan kali pertama hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen Ke-15 (2023) berakhir hari ini setelah bersidang selama 11 hari bermula 22 Mei lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad