web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kediaman Hamzah Diserbu LHDN?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 9:37PM

Kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Damansara diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kelmarin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Damansara di sini diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kelmarin.

Menurut laporan Sinar Harian, semasa serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut dipercayai berada di rumahnya.

Laporan itu menyebut serbuan itu dilakukan kerana terdapat beberapa cukai yang tidak dilaporkan.

Dalam serbuan itu, beberapa fail termasuk dokumen pemilikan aset dan akaun turut dirampas.

Pada 10 Mei lalu, Hamzah mengesahkan beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berkait satu kes pendakwaan ke atas ahli perniagaan, Sim Choo Thiam di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hamzah mendakwa, kes pertuduhan di mahkamah membabitkan ahli perniagaan itu yang turut mengheret namanya jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, BERSATU dan Perikatan Nasional (PN).

SPRM bagaimanapun menegaskan siasatan yang dijalankan agensi itu bukan bertujuan untuk menekan individu tertentu disebabkan faktor politik.

Menurut SPRM, tindakan sama ada ketika proses siasatan atau selepas pertuduhan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang berdasarkan prinsip bebas, telus dan profesional.

Justeru, katanya, tohmahan yang dinyatakan oleh seorang bekas menteri pada 9 Mei lalu adalah tidak benar sama sekali dan menjejaskan imej badan penguatkuasa rasuah itu.

“Tohmahan oleh seorang bekas menteri yang mengatakan SPRM sengaja mengada-adakan siasatan bagi tujuan pertuduhan untuk mencemarkan namanya adalah tidak benar sama sekali dan menjejaskan imej suruhanjaya ini.

“Setiap tindakan sama ada semasa proses siasatan atau selepas pertuduhan ia dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang berdasarkan prinsip bebas, telus dan profesional serta tidak sesekali bertujuan menekan mana-mana individu tertentu atas faktor politik atau seumpamanya,” katanya.

Ujarnya lagi, semua siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan maklumat serta bukti-bukti sahih yang diperoleh oleh agensi itu. – Getaran, 15 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Anak Hamzah Zainudin Didakwa Terima Rasuah RM100,000

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Rumah Warisan Mahaguru Gayung Akan Dibina Semula - Megat Zulkarnain

3

Semasa 11 bulan yang lalu

SPRM Serbu 5 Kilang Beras Di Kedah - Azam Baki

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarik Balik Segala Tuduhan Terhadap Pemimpin PN - Hamzah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'