web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fahmi Gesa Agensi Berkaitan Ganding Bahu Didik Masyarakat Berkaitan Keselamatan Siber

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 9:06PM

Fahmi bercakap pada sidang media Kempen Peningkatan Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital dan Perhubungan 2023 di Perumahan Pantai Permai hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi berkaitan diseru berganding bahu dan bekerjasama memberi pendidikan mengenai keselamatan siber kepada masyarakat terutama golongan belia serta warga emas supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata usaha membendung isu penipuan perlu dilakukan agar masyarakat dan golongan muda mampu mendepani cabaran dunia digital.

"Program Jom Digital @ Lembah Pantai: Kempen Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital dan Keterhubungan bertujuan memberi pendedahan serta kesedaran kepada komuniti setempat dan golongan belia agar lebih peka serta prihatin terhadap isu penipuan dalam kalangan masyarakat yang kian membarah.

"Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi pelbagai manfaat dan kebaikan kepada peserta dan masyarakat setempat," katanya ketika berucap pada majlis penutupan program anjuran Yayasan Digital Malaysia itu yang berlangsung di Perumahan Pantai Permai di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika mengendali akaun media sosial dan tidak sewenang-wenangnya memuat turun aplikasi mudah alih daripada sumber yang tidak dikenali.

"Saya lihat warga penduduk cukup terkejut bila mereka sendiri melihat bagaimana telefon mereka boleh digodam hanya berdasarkan kepada aplikasi yang dimuat turun secara pengimbasan.

"Saya berharap mereka mendapat kesedaran baharu dan seterusnya mengelak daripada menjadi mangsa godam atau penipuan," katanya.

Seorang penduduk, Aishah Sulaiman, 70, berterima kasih atas penganjuran program itu yang memberi kesedaran kepadanya.

"Saya tinggal dengan kakak sahaja di sini, jadi sebelum ini (kami) amat bimbang mendengar kes orang kena tipu dan sebagainya, tambah lagi tiada orang ajar... dengan program ini, yakin sedikitlah kami layari Internet," katanya.

Kamal Ahmad, 18, pula bersyukur kerana program percuma yang diadakan di perumahan itu memberi kefahaman yang lebih jelas kepadanya mengenai jenis penggodaman dan penipuan.

"(Baru-baru ini) memang banyak mendapat panggilan telefon mencurigakan... nasib baik saya tidak pernah jatuh ke perangkap penipu. Program ini banyak menambah ilmu pengetahuan berkaitan keselamatan siber," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad