web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


LHDN Nafi ‘Serbuan’ Di Kediaman Hamzah Bermotifkan Politik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 9:30PM

Agensi itu memberitahu Berita Harian, siasatannya dijalankan tanpa rasa takut atau pilih kasih. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan ada motif politik di sebalik serbuan yang dilakukan di kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Damansara.

Agensi itu memberitahu Berita Harian, siasatannya dijalankan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Jelasnya, ia tidak menyasarkan individu tertentu, dan pemeriksaan ke atas premis pembayar cukai adalah sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan biasa ketika menyiasat kes.

“Pemeriksaan di premis termasuk premis kediaman adalah sebahagian daripada proses penguatkuasaan bagi memastikan keadilan kepada orang ramai.

“Tindakan sebegini juga merupakan satu bentuk perkhidmatan kepada rakyat yang menunaikan kewajipan cukai mereka secara konsisten,” katanya.

LHDN juga memaklumkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa agensi itu harus kekal bebas daripada sebarang pengaruh.

Penjelasan LHDN itu dibuat selepas ahli politik Perikatan Nasional (PN) mendakwa tindakan terhadap Hamzah bermotifkan politik.

Pada Rabu lalu, kediaman Setiausaha Agung BERSATU itu diserbu LHDN dan beberapa fail termasuk dokumen pemilikan aset dirampas.

Bagaimanapun, mantan Menteri Dalam Negeri itu menafikan laporan yang mendakwa kediamannya diserbu pegawai LHDN.

Beliau berkata, dakwaan itu adalah fitnah terhadapnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Malah, katanya, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab berkaitan dakwaan laporan tersebut, menyifatkannya sebagai fitnah ke atas dirinya dan pemimpin PN.

Ahli Parlimen Larut itu juga memaklumkan akan membuktikan segala serangan terhadapnya dan pimpinan PN yang lain adalah fitnah untuk memburukkan nama pemimpin parti itu.

Kelmarin, Anwar memberitahu, beliau tidak dimaklumkan mengenai tindakan LHDN itu, sambil menegaskan sebarang serbuan dan penggeledahan adalah urusan agensi berkenaan selaku badan penyiasat.  

Hari ini, ketika di Kelantan, Perdana Menteri sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan agensi kerajaan menyasarkan sesiapa sahaja.

Beliau berkata, satu-satunya arahan yang diberikannya kepada penguatkuasa undang-undang adalah menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih. - The Vibes, 18 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Anak Hamzah Zainudin Didakwa Terima Rasuah RM100,000

2

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

3

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

4

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'