web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelajar IPT, Belia Boleh Mula Daftar E-Belia Rahmah Isnin Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 5:59PM

Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di IPT boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 bagi program eBelia Rahmah mulai Isnin ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 bagi program eBelia Rahmah mulai Isnin, 26 Jun ini pukul 8 pagi, kata Kementerian Kewangan (MoF).

MoF dalam kenyataan hari ini berkata tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 26 Jun hingga 22 Ogos 2023.

MoF berkata golongan belia yang layak boleh mendaftar melalui salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

“Kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ hingga 31 Ogos 2023,” kata MoF.

MoF berkata program berkenaan adalah terbuka kepada golongan belia warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 hingga 20 tahun pada 2023 iaitu mereka yang lahir pada 2003 hingga 2005 atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di IPT dalam negara.

MoF berkata selain bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat turut memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai atau diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh program berkenaan.

“Kredit RM200 ini juga boleh dimanfaatkan di peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program ini, namun tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan,” kata MoF.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada 24 Feb lepas menyatakan bahawa kerajaan akan memberikan kredit e-tunai berjumlah RM200 kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun, melibatkan peruntukan RM400 juta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 9 bulan yang lalu

Covid-19: IPT Diminta Tunggu Arahan, Nasihat KKM - Zambry

2

Semasa 10 bulan yang lalu

KWSP Peruntuk RM97 Bilion Bagi Pelaburan Domestik Pada 2023 - MOF

3

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Garis Panduan Konsert Di IPT: Pembabitan MPP Penuhi Aspirasi Mahasiswa

4

Semasa 1 tahun yang lalu

MPP, Kesatuan Mahasiswa Perlu Terlibat Rangka Garis Panduan Konsert di IPT 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah