web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pokok Getah Tertua Di Malaysia Bernilai Hampir RM200,000 Perlu Jagaan Rapi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 9:22AM

Berusia 146 tahun, pokok getah tertua di Malaysia yang menjadi pencetus kepada industri getah sebagai penyumbang ekonomi utama negara, kini dikatakan bernilai hampir RM200,000 - Gambar laman web Malaysia Aktif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Berusia 146 tahun, pokok getah tertua di Malaysia yang menjadi pencetus kepada industri getah sebagai penyumbang ekonomi utama negara, kini dikatakan bernilai hampir RM200,000.

Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) Saiful Azli Mohamed Nor berkata pokok warisan itu, atau nama saintifiknya Hevea brasiliensis, bagaimanapun memerlukan jagaan rapi dengan kos menyenggara dan rawatan kira-kira RM3,000 hingga RM5,000 setahun.

“Nilai semasa bagi pokok getah ini adalah RM194,183. Pokok getah ini termasuk dalam senarai pokok warisan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

“Oleh kerana usianya yang mencecah 146 tahun, pokok ini tidak mempunyai simpanan tenaga yang mencukupi untuk memperbaiki strukturnya sendiri jika berlaku sebarang kerosakan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Saiful Azli berkata cantasan pokok dilakukan sekali setahun dengan kadar RM1,000 hingga RM3,000 bergantung kepada kesukaran kerja dan MPKK juga melakukan rawatan kulat serta pemberian baja yang memakan kos RM500 hingga RM1,000.

“Tidak lupa pemeriksaan kesihatan dan penilaian lanjutan yang dilakukan dua tahun sekali, kos anggaran bagi pemeriksaan ini adalah RM500 hingga RM2,000 bergantung kepada keadaan semasa pokok itu,” katanya.

Menyingkap sejarah, kumpulan benih pokok getah pertama dibawa dari Taman Kew, England ke Semenanjung Tanah Melayu pada 1877 iaitu sebahagian daripada benih tersebut ditanam di Taman Botani Singapura.

Sementara selebihnya iaitu sembilan anak pokok ditanam di Kuala Kangsar oleh Penguasa Taman Botani Singapura H.J Burton pada tahun sama.

Kini, setelah merentas pelbagai era bermula zaman kolonial Inggeris, tahun-tahun sengsara pendudukan Jepun, prakemerdekaan, pascakemerdekaan, hinggalah melangkah ke alaf baharu, hanya satu pokok masih berdiri yang menjadi saksi kepada pemodenan negara amnya dan Kuala Kangsar khususnya.

Namun sejauh mana pokok yang kian uzur itu mampu bertahan, Saiful Azli berkata ia tidak dapat dianggarkan.

“Pihak kami cuba mengekalkan hayat pokok getah ini dengan memberi rawatan dan penjagaan yang sepatutnya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia Singkap Sejarah Perfileman Negara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkasa Jaringan Infrastruktur Pengangkutan, Perhubungan Di Kedah - Sultan Sallehuddin

3

Pendidikan 1 tahun yang lalu

KPM Adakan Peperiksaan Ulangan Untuk Pastikan Calon SPM Miliki Sijil

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Mechamato Terima Anugerah Peminat Anime Di Tokyo

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang