web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agensi Kerajaan Harus Bertanggungjawab Atas Setiap Perbelanjaan, Perlu Beri Impak Positif 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 3:35PM

Semua institusi kerajaan harus bertanggungjawab ke atas setiap perbelanjaan dan memastikan ia memberi impak positif kepada rakyat. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua institusi kerajaan harus bertanggungjawab ke atas setiap perbelanjaan dan memastikan ia memberi impak positif kepada rakyat.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, amalan tersebut dapat memastikan kepercayaan rakyat kekal terpelihara.

Menurut beliau, majoriti kepercayaan orang ramai terhadap sektor awam adalah berdasarkan persepsi dalam aspek kecekapan, kebolehpercayaan dan kejujuran yang dipamerkan.

“Sektor awam perlu beroperasi dengan kompeten, amanah, jujur dan berintegriti.

“Pengauditan ke atas penyata kewangan tahunan dan laporan prestasi agensi awam merupakan tanggungjawab utama yang digalas oleh Jabatan Audit Negara,” katanya hari ini.

Jelas Wan Suraya, keutamaan beliau ketika ini adalah untuk mengukuhkan peranan jabatan serta memastikan sistem audit sektor awam kekal mampan dan lestari.

“Jabatan Audit Negara akan sentiasa peka dan prihatin dalam menjalankan kuasa pengauditan untuk memeriksa serta menyiasat pengurusan wang awam. 

“Kami akan memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat dan akauntabiliti kementerian serta jabatan kerajaan, terhadap wang pembayar cukai yang dibelanjakan,” katanya.

Beliau memberitahu, jabatan juga akan meneruskan kerjasama dengan semua pihak, termasuk agensi awam dan badan lain berkaitan, demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. 

“Selari dengan peranan dan fungsinya, saya komited untuk bersama warga Jabatan Audit Negara dalam usaha mentransformasi, menstrukturkan semula sistem pengauditan serta memantapkan pengurusan kewangan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Suraya memaklumkan, beliau komited dan beriltizam untuk memacu Jabatan Audit Negara menjadi sebuah institusi yang unggul. 

"Saya akan gunakan pengetahuan dan pengalaman selama 29 tahun dalam perkhidmatan awam termasuk jawatan terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia.

"Saya juga merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan baginda melantik saya sebagai Ketua Audit Negara mulai 13 Jun lalu," katanya.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dilaporkan berkata, pelantikan Wan Suraya berkuatkuasa 13 Jun dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Jawatan Ketua Audit Negara sebelum ini kosong selama hampir empat bulan selepas kontrak  Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid tamat Februari lalu. - Getaran, 22 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah