web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Majikan, Syarikat Swasta Disaran Lihat Alternatif Lain Bantu Pelajar Latihan Industri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 7:00AM

Alternatif lain yang turut dicadang termasuk penyediaan penginapan, makanan dan pengangkutan bagi meringankan bebanan pelajar. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia menyarankan majikan atau syarikat swasta yang terlibat dengan pengambilan pelajar sebagai pelatih industri melihat beberapa alternatif dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan selain pemberian elaun.

Menteri berkenaan V. Sivakumar menerusi kenyataan semalam memaklumkan alternatif yang dicadang termasuk penyediaan penginapan, makanan dan pengangkutan bagi meringankan bebanan pelajar.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pengurusan penetapan elaun bagi pelajar latihan industri yang bergantung kepada majikan atau syarikat swasta.

“Beliau turut menyarankan agar majikan atau syarikat swasta yang mengambil pelajar ini memberi elaun sara hidup sebagai sumbangan atau bantuan kepada pelajar,” katanya. 

Beliau berkata pihaknya juga akan meneliti dan membuat pertimbangan secara menyeluruh serta mengambil tindakan yang sesuai berhubung isu elaun dengan mengambil kira pandangan serta keperluan pihak terlibat termasuk pelatih dan industri bagi sektor swasta.

Katanya kerajaan masih belum mewujudkan polisi atau garis panduan mengenai elaun latihan industri untuk syarikat swasta kerana ia adalah isu kompleks yang memerlukan kajian dan perundingan mendalam dengan pelbagai pihak berkepentingan terutama Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Kerajaan komited untuk memastikan semua pelatih, tidak kira mereka di sektor awam atau swasta, mendapat layanan yang adil dan saksama. Jika perlu, kerajaan akan mewujudkan garis panduan yang jelas dan terperinci mengenai pembayaran elaun latihan industri atau praktikal di sektor swasta,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Tempoh Proses Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing Kini Hanya 15 Bulan 23 Hari

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Majikan Sedia Laksana Dasar Gaji Progresif Tetapi Perlu Ditambah Baik - MEF

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'