web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aidiladha: Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 6:07PM

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan tetapi lancar berikutan orang ramai mula bercuti untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha esok. - Gambar ihsan LLM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan tetapi lancar berikutan orang ramai mula bercuti untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada esok.

Jurucakap PLUS Trafik memaklumkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), trafik perlahan ke arah utara di Slim River, Perak menuju Sungkai, dan Bidor ke Tapah serta dari Tapah ke Gopeng.

“Trafik perlahan arah utara dari Juru, Pulau Pinang ke Sungai Dua dan dari Jawi ke Bukit Tambun. Trafik turut perlahan dari Sedenak ke Simpang Renggam.

“Bagi arah selatan, trafik perlahan dari Senawang ke Pedas Linggi, Negeri Sembilan. Selain itu, trafik juga perlahan dari Putrajaya ke Bandar Gamuda Cove,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik Lebuhraya KL-Karak (KLK) menuju ke Pantai Timur juga perlahan bermula dari Gombak ke Lentang.

“Trafik juga perlahan ke arah utara dari Permatang Pauh ke Sungai Dua dan dari R&R Sungai Muda ke Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Selain itu, trafik turut perlahan dari Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) ke CIQ Tuas, Singapura dan dari Tambak, Johor ke CIQ Woodlands, Johor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi