web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jaminan Kewangan Ditandatangani PM Dijangka Stabilkan Kedudukan Kewangan FELDA

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 6:11PM

Perjanjian itu adalah bagi menstruktur semula pinjaman agensi terbabit melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan, dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan FELDA. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dijangka dapat menstabilkan kedudukan kewangannya menerusi Jaminan Kerajaan ditandatangani Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kementerian Kewangan memaklumkan, perjanjian itu adalah bagi menstruktur semula pinjaman agensi terbabit melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan, dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan FELDA

“Jaminan kerajaan itu juga dijangka dapat menjamin model perniagaan yang lebih mampan, supaya ia terus berupaya mengangkat mobiliti sosial warga peneroka dan generasi baharu FELDA,” katanya menerusi kenyataan.

Kenyataan itu memaklumkan, sebahagian besar penstrukturan semula pinjaman FELDA itu, akan membabitkan pengurangan prinsipal hutang ditanggung lembaga berkenaan bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion.

“Ia juga akan mengurangkan kos kewangan FELDA terhadap kadar faedah yang dikenakan.

“Pada masa sama, penstrukturan semula ini membolehkan FELDA memberi pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion yang dilaksanakan pada 2021,” katanya.

Selain itu, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan sudah menambah baik tatakelola penyaluran dana kepada FELDA sebagai agensi badan berkanunnya.

Katanya, penambahbaikan itu menyaksikan kerajaan melantik AmanahRaya Trustees sebagai pemegang amanah transaksi akaun.

Usaha itu jelasnya, bagi memastikan pelan transformasi FELDA berada di landasan tepat dan memenuhi keperluan akauntabiliti serta integriti.

“Kerajaan sudah bersetuju memberi Jaminan Kerajaan kepada FELDA pada tahun 2019, bagi membolehkan agensi terbabit melaksanakan pelan pemulihannya di bawah program transformasi FELDA bermula 2020 untuk tempoh lima tahun,” katanya. – Getaran, 28 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global