web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jenazah Mangsa Tragedi Kepala Air Jeram Mawar Tiba Di HSNZ

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 12:15PM

Jenazah Azizah Eiyi dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim diusung sebaik tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Jenazah Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, yang maut dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman semalam, tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, untuk bedah siasat.

Jenazah dua beranak yang dibawa oleh kenderaan polis tiba di HSNZ kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Sepupu kepada Allahyarham Azizah, Muhammad Syamsul Musa, 37, dari Kampung Seberang Takir di sini berkata dia dimaklumkan mengenai insiden itu tengah hari semalam oleh ahli keluarga mangsa.

Muhammad Syamsul berkata hubungannya dengan keluarga Allahyarham memang amat rapat dan kali terakhir mereka berjumpa adalah pada Mac lepas.

"Hubungan saya dengan Allahyarham dan keluarganya memang rapat. Malah keluarganya tempat saya menumpang kasih sewaktu kecil.

"Memang terkejut dan sedih apabila mendapat tahu berita itu kerana Allahyarham dan semua keluarganya pergi dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSNZ di sini, hari ini.

Muhammad Syamsul berkata dia difahamkan bahawa suami Allahyarham, Karim Abdullah, 39, baru sebulan bekerja sebagai pemandu jengkaut di Air Putih, Kemaman.

Semalam, mayat dua beranak itu dijumpai oleh orang ramai dalam keadaan terapung dan tersangkut pada dahan pokok kira-kira 12.30 tengah hari, manakala tujuh ahli keluarga mereka dan seorang individu lain masih hilang.

Operasi mencari dan menyelamat yang dihentikan pada 6 petang semalam akibat cuaca buruk diteruskan semula kira-kira 9 pagi tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah