web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Lagi Mangsa Tragedi Kepala Air Dipercayai Masih Di Zon A & B

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 8:00PM

SAR dua lagi mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih Kemaman yang masuk hari kelima semasa tinjauan di Kampung Teladas hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) percaya dua lagi mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, di sini, Sabtu lalu, masih berada di kawasan pencarian Zon A dan B.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan II, Azman Alias, berkata operasi SAR hari kelima yang bermula 9 pagi tadi tidak menemukan sebarang  petunjuk baharu. 

Dua lagi mangsa yang belum ditemui ialah Putri Nor Fatin, 14,dan Muhammad Fikri Saliman, 24.

"Operasi SAR hari ini, kita dah meliputi keseluruhan pencarian dari sektor A, B dan C. Kita sudah melakukan teknik selaman tetapi tidak ada penemuan dan petunjuk baharu yang positif.

"Namun kita percaya (dua mangsa hilang masih) berada di sektor Zon A dan B… ada kemungkinan dalam air dan darat. Kita usaha dari masa ke masa," katanya pada sidang media di pusat operasi SAR di Balai Polis Air Putih, di sini, hari ini.

Zon A merangkumi kawasan lokasi kejadian iaitu dari Menara Sapura ke jambatan Kampung Teladas, manakala Zon B bermula dari belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Putih menghala ke ladang di Pos Kawalan Hadapan (PKH) sehingga ke kawasan perangkap sampah Sungai Pinang. 

Azman berkata operasi SAR hari ini ditangguhkan pada jam 5 petang dan akan disambung semula pada 9 pagi esok.

Menurut Azman untuk operasi SAR esok, skala pencarian akan dikecilkan dan dilaksanakan secara lebih berfokus di kawasan yang mempunyai kebarangkalian tinggi menggunakan anjing pengesan K9 dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Lapan lagi mangsa iaitu Karim Abdullah,39; Azizah Eiyi,40; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah,16; Muhammad Zulqarnain Haikal, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree,6, dan Putri Aryana Umaira,4, sudah ditemui dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan pada Selasa dan Rabu lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global