web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penumpang Jatuh Atas Landasan Kereta Api Di Woodlands, Telah Dibawa Ke Hospital - KTMB

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 8:34AM

Kejadian itu terjadi ketika penumpang tersebut cuba untuk turun daripada kereta api Shutle Tebrau sebelum ia berhenti sepenuhnya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penumpang yang terjatuh ke atas landasan di pusat pemeriksaan kereta api Woodlands di Singapura pada Rabu, 5.35 pagi telah dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan memaklumkan penumpang itu telah di selamatkan oleh kru KTMB dan pegawai daripada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA).

“Siasatan kami mendapati kejadian itu terjadi ketika penumpang tersebut cuba untuk turun daripada kereta api Shutle Tebrau sebelum ia berhenti sepenuhnya.

“Sebagai langkah keselamatan, kesemua penumpang perlu terus duduk sehingga kereta api berhenti sepenuhnya. KTMB kesal dengan kejadian tersebut. Keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan. Kami akan terus berusaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan kami dan memastikan perjalanan yang selamat dan selesa untuk kesemua penumpang,” menurut kenyataan itu.

KTMB juga menasihatkan penumpang untuk sentiasa mematuhi notis keselamatan yang diletakkan pada setiap pintu gelangsar kereta api dan juga stesen.

KTMB memaklumkan bahawa kereta api Shuttle Tebrau mematuhi standard keselamatan.

Setiap koc dilengkapi dengan pintu yang boleh dibuka secara manual atau dikunci daripada dalam sebagai satu daripada ciri keselamatan untuk penumpang keluar daripada koc pada waktu kecemasan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 11 bulan yang lalu

5 Kereta Api Tidur Terbaik Di Dunia Untuk Inspirasi Pengembaraan 

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Pemimpin Asing Ucap Takziah, Angka Kematian Tragedi Kereta Api India Hampir 300

3

TARA 1 tahun yang lalu

Bersedia! KTM Bakal Memulakan Operasi Kereta Api Enjin Stim Tahun Depan Yang Cukup Klasik Dan Menggamit Memori 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kereta Api Funikular Bukit Bendera Alami Kebocoran Hos Brek Trek

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang