web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerugian Akibat Penipuan FB Dan IG Cecah RM302 Juta - Teo

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 6:00PM

Kerugian yang direkodkan menerusi penipuan yang mengguna pakai platform Facebook ialah RM232 juta manakala Instagram ialah RM70 juta. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Rakyat Malaysia mengalami kerugian mencecah RM302 juta akibat menjadi mangsa penipuan dalam talian menerusi  platform Facebook (FB) dan Instagram (IG) bagi tempoh 2021 sehingga Jun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata kerugian yang direkodkan menerusi penipuan yang mengguna pakai platform Facebook ialah RM232 juta manakala Instagram ialah RM70 juta.

"Kami juga telah mengadakan pertemuan dengan Meta (Facebook dan Instagram) jadi kami memang hendak buktikan bahawa masalah penipuan ini yang mengguna pakai platform mereka memang isu yang serius. 

"Untuk rekod di Facebook bagi 2021, jumlah kerugian yang direkodkan adalah RM80 juta dan RM92 juta (2022) tetapi tahun ini sehingga Jun, sudah merekodkan kerugian sebanyak RM60 juta. 

"Instagram pula, walaupun jumlah lebih kecil namun pada 2021, kerugian adalah RM20 juta, diikuti RM25 juta (2022) manakala bagi tempoh enam bulan tahun ini direkodkan sama (seperti tahun lepas) iaitu RM25 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi menyerahkan sumbangan bernilai RM6,000 kepada Ultimate MMA Fitness & Self Defense, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Teo menasihati pengguna media sosial lebih peka dan menjadi digital literasi  atau kebijaksanaan digital untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

"Kita juga sudah hantar satu mesej yang sangat jelas kepada wakil mereka (Meta) semasa perjumpaan baru-baru ini, dan mereka (Meta) berjanji untuk menambah baik usaha daripada segi ini dan kita nampak usaha ini supaya isu scammer ini tidak menjadi berleluasa,” kata Ahli Parlimen Kulai itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah