web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKD Rangka Program Memperingati Jasa Tun Dr Ismail

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2023 9:00AM

Tun Dr Ismail Abdul Rahman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang merangka satu program bagi memperingati jasa bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini. 

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata program itu yang akan dilaksanakan di Kelab Sultan Sulaiman di sini pada 2 Ogos ini, bertujuan mendidik generasi muda mengenai sumbangan negarawan itu dalam membangunkan negara ini.

“Ia bukan sekadar memperingati beliau tetapi jasa dan bakti beliau dalam usaha pembentukan sebuah negara bersama dengan tokoh besar tanah air dan ini kita harap jadi satu penghormatan kepada usaha Allahyarham agar generasi baharu tidak lupa bahawa negara kita ramai pejuang-pejuang yang telah berusaha,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada program Ruang Bicara bertajuk “Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023” terbitan Bernama TV malam ini. 

Mengenai tema Bulan Kebangsaan tahun ini iaitu “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, Fahmi berkata isu perpaduan dan kestabilan merupakan perkara yang amat penting untuk diketengahkan bagi melahirkan masyarakat yang bersatu hati. 

“Kedua yang bagi saya penting frasa penuhi harapan ini merujuk kepada hasrat, iltizam, keinginan, dan kemahuan rakyat...kalau kita fikirkan dalam konteks kemerdekaan erti mewujudkan sebuah negara bangsa kita sebagai rakyat biasa ada peranan masing-masing untuk memenuhi harapan, apakah harapan pembentukan Malaysia itu,” katanya. 

Pelbagai program menarik akan disajikan kepada rakyat sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Bulatan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh, Perak, pada 16 Julai ini, diikuti Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak.

Selain itu, antara program yang akan dilaksanakan ialah Forum Perdana Ehwal Islam, 6600 Langkah Perpaduan, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG 2023). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini