web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bomba Terbangkan 2 Pesakit Orang Asli Ke Hospital Gua Musang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2023 4:51PM

Helikopter bomba digunakan untuk menerbangkan dua pesakit Orang Asli hari ini - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG -- Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) dengan membawa dua penduduk Orang Asli yang mengalami demam dan cirit-birit dari Pos Balar untuk menerima rawatan di Hospital Gua Musang, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Akmaluddin Said berkata dua pesakit masing-masing bersama seorang pengiring dibawa menaiki pesawat Agusta Westland AW139 dengan lima kru.

"Pesawat berlepas pada pukul 11.55 pagi dari Pulau Pinang dan tiba pada 12.39 tengah hari di Pos Balar bagi mengambil Aboi Selai Along, 52, yang dalam keadaan lemah serta tidak dapat makan dan minum setelah mengalami cirit-birit selama tiga hari.

"Selain itu, pasukan kami turut membawa pesakit kanak-kanak berusia sembilan tahun iaitu Sharvin Roslan yang mengalami demam panas, pening kepala dan muntah selama empat hari," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pesawat berlepas dari Pos Balar pada 12.49 tengah hari dan mendarat di Balai Bomba Gua Musang pada 1.05 tengah hari untuk menyerahkan pesakit kepada petugas kesihatan sebelum dibawa ke hospital Gua Musang bagi rawatan selanjutnya.

"Anak kapal seterusnya berlepas dari Gua Musang pada 1.10 tengah hari sejurus selepas pemindahan pesakit menaiki ambulans selesai dan tiba di Pulau Pinang pukul 2.20 petang," katanya. --BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Nenek, Cucu Sesat Di Bukit Buluh Telur Ditemui Selamat

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

4

Gaya 5 bulan yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka