web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JPDP Siasat Dakwaan Laman Misi Rakyat Digodam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2023 12:06PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah memulakan siasatan terhadap dakwaan insiden penggodaman laman sesawang Misi Rakyat milik syarikat Bangsa Bertauhid Sdn Bhd.

JPDP dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan berkaitan insiden ketirisan itu yang didakwa dimuat naik oleh seorang penggodam dalam laman sesawang BreachForums dan aplikasi Telegram pada 3 dan 4 Julai lepas diterima daripada MyCERT, CyberSecurity Malaysia (CSM) pada 4 Julai.

Jabatan itu telah menghubungi syarikat terbabit pada hari sama untuk mendapatkan pengesahan berkenaan insiden dan sampel data yang terlibat.

“JPDP juga telah mengarahkan syarikat tersebut untuk menjalankan siasatan dalaman dan melengkapkan borang Notifikasi Ketirisan Data (DBN).

“Siasatan terhadap insiden berkenaan telah dimulakan setelah borang DBN diterima pada 10 Julai dan pengasas laman sesawang Misi Rakyat telah dipanggil untuk hadir ke JPDP bagi prosedur rakaman percakapan semalam,” menurut kenyataan itu.

Jabatan itu memaklumkan pihaknya bekerjasama dengan CSM untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut bagi mengenal pasti sekiranya berlakunya sebarang pelanggaran di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

“JPDP menggesa agar semua syarikat dan organisasi yang memproses data peribadi dalam transaksi komersial untuk mematuhi Prinsip, Peraturan dan Standard Perlindungan Data Peribadi di bawah Akta 709. Syarikat dan organisasi juga diingatkan agar lebih berhati-hati ketika memproses data peribadi bagi mengelak berlakunya insiden ketirisan data peribadi,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Fahmi Ulangi Jaminan Keselamatan Sistem PADU

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Cybersecurity, Satisguard Meterai MoU, Perkukuh Keselamatan Siber Di Malaysia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ribuan Penduduk Sanggup Beratur Beli Beras 5kg Harga RM1

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Akta Perlindungan Data Peribadi Perlu Dipinda, Elak Data Diguna Untuk Penipuan - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global