web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gagal Mohon Maaf Tanpa Syarat, Muhyiddin Teruskan Tindakan Saman PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2023 9:00AM

Muhyiddin Yassin - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meneruskan tindakan saman ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Muhyiddin, tindakan itu didorong oleh kegagalan Anwar mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat dalam tempoh 24 jam.

“Oleh kerana Anwar gagal mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat dan secara terbuka kepada saya dalam tempoh 24 jam sepertimana yang terkandung di dalam surat tuntutan peguam saya kepadanya, maka saya telah mengarahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan saman fitnah ke atasnya,” katanya, semalam.

Jelas Muhyiddin, dokumen dikemukakan Perdana Menteri pada sidang media berkenaan pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) semalam, bukan bukti sebenar.

“Hari ini (semalam) Anwar Ibrahim membuat kenyataan media berkenaan Pelupusan Hutang Peneroka FELDA. Dia kemukakan dokumen untuk membuktikan dia bercakap benar.

“Tetapi dokumen yang dia kemukakan bukan berkenaan Pelupusan Hutang Peneroka FELDA. Dokumen itu berkenaan Sukuk,” katanya.

Tegas Ahli Parlimen Pagoh itu, beliau sebelum ini berkali-kali menjelaskan bahawa dokumen ditandatangani Anwar sebelum ini adalah berkenaan Sukuk, dan tidak berkait dengan pelupusan hutang peneroka.

“Pendedahan dokumen tersebut membuktikan saya bercakap benar. Yang berbohong dan fitnah saya ialah Anwar.

“Siaran Media Kementerian Kewangan pada hari ini (semalam) juga mengesahkan ia berkenaan jaminan kerajaan sebanyak RM9.9 bilion dan bukan Pelupusan Hutang Peneroka FELDA sebanyak RM8.3 bilion yang telah pun saya selesaikan pada tahun 2021,” katanya.

Bidas Muhyiddin, dokumen yang didedahkan juga menunjukkan Anwar tidak memahami kandungan dokumen yang ditandatangani sebagai Menteri Kewangan.

“Ini bahaya. Entah apa lagi dokumen atau perjanjian yang dia tandatangan atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dia tidak faham atau tidak tahu isi kandungannya.

“Jelas Anwar tidak layak (incompetent) untuk kekal sebagai Perdana Menteri. Lagi lama Malaysia ditadbir oleh kerajaan Madanon Anwar Ibrahim, lagi besar mudaratnya kepada rakyat,” selarnya.

Anwar semalam memngadakan sidang media khas, bertujuan memberikan bukti melibatkan perjanjian FSRA - gambar fail
Anwar semalam memngadakan sidang media khas, bertujuan memberikan bukti melibatkan perjanjian FSRA - gambar fail

Perdana Menteri sebelum berlepas ke Vietnam semalam mengadakan satu sidang media khas, bertujuan memberikan bukti melibatkan perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA).

Seperti diumumkan Kementerian Kewangan (MOF) melalui siaran akhbar 28 Jun lalu, FSRA tersebut melibatkan Jaminan Kerajaan sebanyak RM9.9 bilion untuk menstruktur semula pinjaman agensi tersebut melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan FELDA.

Di bawah perjanjian berkenaan, kerajaan akan membiayai pembayaran balik sukuk tersebut melalui peruntukan geran RM990 juta setiap tahun untuk tempoh 10 tahun.

“MOF juga ingin mengesahkan bahawa penyaluran pertama RM990 juta telah dilaksanakan pada 18 Julai 2023 selaras dengan peruntukan yang telah disediakan di dalam Belanjawan Madani 2023.

“Penyempurnaan perjanjian jaminan Kerajaan dan penyaluran peruntukan kepada FELDA merupakan elemen penting yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kelangsungan FELDA antara lain mengambil kira antaranya impak kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan FELDA berikutan penghapusan hutang peneroka FELDA,” katanya. - Getaran, 21 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini