web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Inisiatif Payung Rahmah Perlu Diteruskan - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2023 5:54PM

Ahmad Zahid Hamidi - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu inisiatif Payung Rahmah diteruskan oleh pengganti Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) nanti.

Ahmad Zahid berkata ia kerana rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar pastinya mengharapkan inisiatif berkenaan dapat diteruskan dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup ketika ini.

"Allahyarham seorang yang sangat baik, rajin bekerja tidak mengira masa dan tidak kira di mana jua. Dalam Kabinet, beliau merupakan seorang yang sangat bekerja keras dan teliti terutamanya apabila menjalankan tentang inisiatif Payung Rahmah.

"Ia harus diberikan kesinambungan oleh sesiapa yang akan dilantik menjadi menteri selepas ini kerana rakyat pasti teringat akan sumbangan beliau pada negara melalui skim Payung Rahmah ini," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat di sini hari ini.

hmad Zahid Hamidi (berdiri tiga, kiri) menziarahi pusara Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai - gambar BERNAMA
hmad Zahid Hamidi (berdiri tiga, kiri) menziarahi pusara Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai - gambar BERNAMA

Sejak memegang jawatan Menteri KPDN, Salahuddin telah melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah jenama Payung Rahmah bagi membantu rakyat menghadapi pelbagai cabaran berhubung kenaikan kos sara hidup terutama ketika negara dan ekonomi sedang pulih daripada kesan pandemik COVID-19.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh yang turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham berkata KPDN akan tetap meneruskan legasi Payung Rahmah berkenaan.

Fuziah berkata Payung Rahmah yang dicetuskan oleh Salahuddin itu kini telah menjadi antara sebutan dalam kalangan masyarakat kerana ia antara usaha membantu rakyat terutamanya golongan yang memerlukan.

"Allahyarham adalah pencetus dan perintis kepada inisiatif ini dan ia merupakan terjemahan daripada rasa kasih serta rasa sayang beliau terhadap insan-insan yang memerlukan. Doakan agar kami dapat meneruskan legasi inisiatif Payung Rahmah untuk rakyat negara ini. 

"Negara telah kehilangan pemimpin yang bekerja keras, komited dan sentiasa mengambil berat akan perihal rakyat. Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa beliau dan tempatkannya dalam kalangan orang yang beramal soleh," katanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang