web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salahuddin Amat Menjaga Solat, Konsisten Amalkan Sunat Dhuha - Mujahid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Jul 2023 9:08PM

Dr Mujahid Yusof Rawa - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub amat menjaga waktu solat, walaupun ketika sedang bertugas.

Rakan seperjuangan Allahyarham, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Timbalan Presiden AMANAH itu juga sentiasa konsisten dalam mengerjakan sunat Dhuha.

Menurut beliau, Salahuddin adalah individu yang sentiasa mencari titik perdamaian sama ada dalam masalah dalaman atau di luar parti.

“Seorang sahabat setia yang saya diberi penghormatan berkhidmat di bawah kepimpinannya semasa dalam Pemuda PAS dahulu dan dalam AMANAH.

“Beliau bersedia menjadi duta damai meredakan konflik antara kepimpinan atau dengan pihak lawan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas mantan Menteri Hal Ehwal Agama itu, kali akhir beliau bersama Allahyarham ialah pada 20 Jun lalu, dalam pertemuan santai makan tengah hari sambil meraikan Ahli Dewan Negara dari AMANAH.

Katanya, pertemuan tersebut disulam perbualan mesra dan tawa ria mengenangkan sejarah bersama dari PAS hingga AMANAH.

“Saya sempat bermusafir beberapa kali dengan beliau dalam dan luar negara. Semuanya untuk tujuan memperkenalkan perjuangan sama ada bersama PAS atau semasa bersama AMANAH.

“Beliau punya citarasa berjenaka dalam banyak kisah yang dikongsinya bersama walaupun ketika majlis rasmi, beliau kelihatan serius dalam penampilannya,” katanya.

Mujahid menarik perhatian, beliau dan Salahuddin berkongsi perjalanan spiritual bersama ketika mengharungi saat-saat kepimpinan yang diuji dengan pelbagai kerenah dalaman dan luaran parti.

Kali akhir Mujahid bertemu Salahuddin adalah pada 20 Jun lalu - gambar Facebook
Kali akhir Mujahid bertemu Salahuddin adalah pada 20 Jun lalu - gambar Facebook



“Sesekali beliau ajak sembang soal-soal yang membangkitkan jiwa, soal zikir dan alam kerohanian guna untuk jadi vitamin kepada permasalahan kepimpinan yang kami kongsi  bersama sesama rakan kepimpinan,” katanya.

Amat terkesan dengan pemergian Allahyarham yang disifatkan begitu mendadak, beliau mengakui amat pilu menerima berita duka tersebut.

“Sedih dan pilu mengenangkan sahabat bernama Salehudin Ayub yang pergi pada saat kepimpinannya diperlukan untuk mengharungi medan pertarungan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Allah lebih Mengetahui dan takdir Allah lebih besar dari perasaan mana-mana hambaNya. Allahyarham meninggalkan legasi Menu Rahmah yang memanfaatkan golongan yang memerlukan. Senantiasa memerah kudratnya untuk memenuhi amanah meringankan beban kos sara hidup rakyat,” katanya.

Mengiringi pemergian Salahuddin dengan untaian doa, Mujahid turut memanjatkan harapan agar segala jasa Salahuddin membantu rakyat menjadi bekalan untuk beliau di Alam Barzakh.

“Kami akan merindui persahabatan ini, semua yang mengenali beliau akan bersetuju dengan saya, Salahuddin adalah seorang yang jujur dalam kata-katanya, sangat menghormati kawan dan lawan serta setia dengan janjinya.

“Semoga Allahyarham dibariskan bersama golongan solehin dan mendoakan rahmat Allah mencucuri ke atas rohnya. Al Fatihah,” katanya. - Getaran, 24 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Falasi Hadi Awang Memudaratkan Negara, Beri Imej Buruk Pada Sistem Kehakiman - Mujahid

2

Politik 7 bulan yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

3

Politik 10 bulan yang lalu

Berhentilah Bodohkan Rakyat, Henti Timbulkan Tuduhan Jahat Pada Kerajaan - Mujahid

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Lagi Bersabar, Akhirnya Mujahid Saman Dusuki RM1 Juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang