web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ada Bahan Boleh Sebabkan Kebakaran Pada Botol Disyaki IED - Ayob Khan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2023 4:08PM

Ayob Khan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Laporan awal analisis unit bom mendapati, ada bahan yang boleh menyebabkan kebakaran pada dua botol plastik disyaki bahan letupan termampat (IED), yang ditemui di bawah bahagian kereta peguam dan aktivis sosial Siti Kasim, di Bangsar, di sini Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis bagaimanapun masih menungggu laporan lengkap, berhubung bahan letupan itu.

“Berapa jarak bom itu boleh meletup juga sedang disiasat...nak buat bom ini amat mudah kerana boleh dipelajari daripada internet,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Terdahulu Ayob Khan menyerahkan Bendera Kejohanan World Police & Fire Games Winnipeg 2023 kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri. Majlis itu disaksikan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Azmi Abu Kassim.

Beliau berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Letupan dan setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 12 individu antaranya pekerja mekanik, pemilik bengkel, pegawai keselamatan, pihak mahkamah, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Orang Asli.

Ayob Khan berkata polis juga membuat penilaian kamera litar tertutup melibatkan tempat-tempat yang peguam dan aktivis sosial yang nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim itu pernah pergi, bagi mengesan mereka yang terlibat.

“Polis akan menyiasat daripada keseluruhan aspek termasuk suspek guna IED untuk membalas dendam,” katanya.

Beliau berkata sebelum kejadian tiada sebarang laporan ugutan jenayah ke atas Siti Kasim yang diterima polis.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata polis tidak menolak kemungkinan bahawa suspek yang memasang dua botol plastik disyaki IED di bahagian bawah kereta Siti Kasim mempelajari teknik membuat bahan letupan itu menerusi internet.

Jumaat lepas, dua botol plastik menyerupai bahan letupan ditemui di brek bahagian tayar belakang kereta jenis Toyota Celica milik Siti Kasim, ketika kereta itu dihantar ke pusat servis di Jalan Maarof, Bangsar. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Pengeboman Di Bali: 2 Rakyat Malaysia Di Guantanamo Mengaku Bersubahat

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Bawa Segera Dalang Pengeboman Wilayah Kerman Ke Muka Pengadilan - PM

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Bom Lama Sebesar Tong Gas Ditemui Di Gemas

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Emel Ancaman Bom Pernah Dikesan Di Jamaica - KPN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang