web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perarakan Kapal Berhias Warnai Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 12:00PM

Perahu tambang dihiasi lampu neon berwarni-warni melintasi Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika acara Perarakan Kapal Berhias sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Tebingan Sungai Kuching malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING -- Sungai Sarawak kembali dimeriahkan dengan limpahan cahaya neon berwarna-warni malam tadi, setelah sedekad acara perarakan kapal berhias tidak diadakan sempena sambutan 60 tahun Sarawak merdeka.

Sebanyak 20 kapal berhias dari pelbagai kementerian, agensi dan syarikat swasta menyertai perarakan yang berlangsung di sekitar Sungai Sarawak antaranya Tebingan Kuching, Pengkalan Sapi, jeti dan tebingan Kampung Boyan.

Seorang pengunjung Junaidah Mohd Nor, 54, dari Selangor, tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perarakan kapal berhias yang kali pertama disaksikannya setelah enam tahun menetap di Sarawak.

“Saya tinggal dan bekerja di Sarawak sudah enam tahun, jadi saya tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat acara yang 10 tahun tidak diadakan ini,” katanya yang datang bersama suami dan anak-anak.

Sambutan bertemakan 'Sarawak Maju Makmur 2030' itu menarik kira-kira 10,000 pengunjung yang membanjiri kawasan sepanjang Tebingan Kuching bagi merakam detik indah acara kapal berhias dengan berlatarbelakangkan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. 

Pengunjung dari Pontianak, Indonesia, Benozi Tamrin, 25, tidak menyangka percutian empat hari bersama 13 ahli keluarga ke bandar raya ini lebih bermakna apabila berkesempatan menonton perarakan gemilang itu. 

“Kami sekeluarga dimaklumkan pihak imigresen bahawa ada acara besar di Kuching pada malam sewaktu hendak ke sini petang tadi jadi memang terujalah kerana suasananya berbeza dengan di Pontianak,” katanya. 

Acara berkenaan bermula 8.15 malam dengan ketibaan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan isteri Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang. 

Mendahului perarakan di Sungai Sarawak itu, lapan penunggang jet ski dan bot Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), diikuti 25 perahu tambang iaitu pengangkutan air tradisional yang dikenali di sungai berkenaan dan 20 kapal berhias. 

Antara kementerian dan syarikat yang mengambil bahagian untuk merebut gelaran juara kapal berhias termasuk Jabatan Premier Sarawak, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Kementerian Pelancongan serta Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Kementerian Infrastruktur.

Kapal berhias milik syarikat Samling Timber Malaysia dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah