web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Prasarana Tunai Impian Kanak-Kanak Hidap Leukemia Naik Tren 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 8:19PM

Pesakit leukemia, Ahmad Faizal teruja menaiki koc tren dihiasi tema ‘Thomas and Friends' yang diminatinya dari stesen LRT Ampang ke Chan Sow Lin. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keceriaan terukir di wajah seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang menghidap leukemia apabila impiannya untuk menaiki tren menjadi realiti hari ini.

Lebih bermakna, Ahmad Faizal dari Bukit Antarabangsa, Selangor dibawa merasai pengalaman itu dengan menaiki tren khas yang dihiasi tema kartun popular, 'Thomas and Friends' bermula dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang ke Stesen LRT Chan Sow Lin, selain berpeluang mengunjungi Kompleks Rapid Rail Ampang. 

Impian kanak-kanak itu direalisasikan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), selaku pengendali rel dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan, Make-A-Wish Malaysia yang prihatin dengan nasib Ahmad, sejak dia dikesan menghidap leukemia November lalu.

Ibu kanak-kanak itu, Nur Syafiqah Ahmad Alimi, 34 berkata anak sulung daripada dua beradik itu ada memaklumkan hasratnya untuk menaiki kereta api yang menyerupai wajah sebenar kartun 'Thomas and Friends' di Jepun, selain sangat teruja dengan mainan dan video berkaitan animasi itu di rumah.

“Walaupun tidak sampai ke Jepun kerana kekurangan bajet, impian menaiki tren dengan dihiasi kartun ‘Thomas and Friends’ ini sudah cukup mengembirakan kami sekeluarga.

"Saya berbangga dengan apa yang Prasarana sudah usahakan kepada Ahmad dan terharu dengan beberapa aktiviti permainan berkaitan tren untuk menggembirakan dia,” katanya kepada Bernama di sini.

Nur Syafiqah yang juga seorang suri rumah berkata anaknya itu dikategorikan leukemia pada tahap medium dan masih mendapatkan rawatan susulan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Amir Hamdan berkata usaha yang dilakukan Prasarana itu adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi merealisasikan impian dan memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang memerlukan sokongan.

“Kami berbesar hati kerana dapat menunaikan impian adik Ahmad yang sangat meminati dengan siri kartun ‘Thomas and Friends’ dan berharap inisiatif sebegini dapat menaikkan semangat beliau untuk terus bersemangat dengan apa yang ditempuhinya sekarang,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Kerajaan Lulus RM50 Juta Luaskan Lorong Khas Bas, Beli Van DRT - Ahmad Zahid

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Tambang Percuma OKU Untuk Semua Perkhidmatan PRASARANA Mulai 1 Februari - Loke

4

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Perbualan Bapa Pujuk Anak Botak Kerana Kanser Undang Sebak, ‘Marissa Kuat Kan?’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi