web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kerap Suruh Pelanggan ‘Bergelek’ Punca ‘Zaitoun’ Disita? 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 4:05PM

Penutupan Zaitoun mengundang tanda tanya kerana tiada sebarang notis atau pemberitahuan diberikan - gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penutupan sebuah kedai menjual manisan Arab mencetuskan tanda tanya, apabila ia didakwa berlaku secara tiba-tiba. 

Kedai tersebut yang terletak di lokasi strategik di Jalan Bukit Bintang sering menjadi perhatian kerana ‘mewajibkan’ pelanggan berjoget terlebih dahulu sebelum menerima makanan yang dibeli. 

Aksi pelanggan yang ‘bergelek’ di hadapan kedai terbabit juga sering kali dimuat naik di media sosial. 

Dikenali sebagai ‘Zaitoun’, kedai itu sememangnya menjadi tumpuan penggemar manisan dari Asia Barat kerana ia menawarkan pelbagai pilihan, termasuk juadah viral seperti kunafa dan baklava. 

Menerusi beberapa video yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat kawasan sekeliling kedai telah dipasang pita pelekat berwarna kuning milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

@ladiswasheruhm awat ni habibi? #zaitounbukitbintang #zaitounfoodbukitbintang #fypmalaysia #masukberandafyp ♬ original sound - Ahmad Faiz Ben Azizi

Walaupun mencetuskan pelbagai persoalan, penutupan tersebut dilihat menerima sokongan ramai apabila majoriti mendakwa rakyat asing selalu diberi kelebihan untuk berniaga di mana sahaja, tanpa perlu memohon permit khas mengikut undang-undang. 

Dakwa mereka, pihak berkuasa lazimnya hanya menutup sebelah mata jika perniagaan itu dijalankan warga asing, walaupun ia beroperasi di tempat yang tidak dibenarkan. 

@badrul_393

Kena dh,x sempat merasa???

♬ original sound - MUSIC-ROOM - MUSIC ROOM

Seorang netizen yang menggunakan akaun c.e.oyamgolekpadu berkata, perkara seumpama itu bukan sesuatu yang luar biasa. 

“Alaa benda dah viral mestilah kena sita, kalau tak viral DBKL buat tak tau je. Ada duit dia king maa,” katanya, dengan sinis. 

Pendapat senada diluahkan seorang lagi netizen, dikenali sebagai angah_15. 

Money is king..ni bukan sita namanya..2-3 hari buka baliklah tu..dah habis duit baru DBKL jalankan tugasnya..nanti dapat duit, buka baliklah tu,” katanya. 

Sehingga laporan ini diterbitkan Getaran, tiada sebarang kenyataan dibuat oleh DBKL atau pemilik kedai sendiri berhubung penutupan berkenaan. - Getaran, 20 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki