web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Gara-Gara ‘Salah Petik’, Wanita Pertikai Rukun Negara Terima Kecaman 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2023 9:08AM

Hantaran awal SK Ida Mn di media sosial yang mempertikaikan Rukun Negara - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Gara-gara terlalu teruja berkongsi pandangan di Facebook berkenaan Rukun Negara, seorang wanita berdepan padah apabila dikecam teruk netizen. 

Menggunakan nama SK Ida Mn, dia terdahulu mempertikaikan tindakan Kerajaan Perpaduan kerana didakwa mengubah Rukun Negara. 

Selang beberapa jam daripada itu, postingnya dibanjiri komen netizen dengan majoriti mengecam wanita berkenaan, malah ia turut dikongsi di platform media sosial lain seperti X. 

Barangkali terkejut dengan respon diterima, dia memuat naik hantaran baharu untuk menjelaskan bahawa perkara itu hanyalah satu salah faham. 

Katanya, dakwaan berkenaan hanyalah kiasan dan turut memohon maaf kerana menimbulkan kekeliruan ramai. 

"Saya tidak bermaksud untuk fitnah sesiapa. Saya tidak bermaksud 5 prinsip Rukun Negara itu yang berubah, saya juga tidak berniat menghasut sesiapa, saya hanya mempersoal. 

"Kepada rakan-rakan Facebook saya yang mengenali saya, mereka biasanya faham cara saya menulis tentang sesuatu subject matter. Sama ada saya berkias untuk mereka berfikir maksud sebenar atau saya menyindir sesuatu subject matter. Dalam hal posting saya berkaitan Rukun Negara diubah? Saya memaksudkan mukadimahnya berdasarkan penyelarasan bacaannya yg diberitakan oleh TV3 dalam rancangan beritanya," katanya menerusi hantaran tersebut. 

Menjengah ke ruangan komen, ia dipenuhi ratusan kecaman yang menyelar hantaran dibuat. 

“Bawak-bawak tidurlah makcik, pekat sangat makcik menyimpang buat research dari fakta sebenar ni. Rukun negara pun makcik isaukan (risaukan), kesiankan sikit orang-orang muda baca artikel makcik ni,” kata seorang netizen.  

Menggunakan akaun Akta Wan Lambong, individu berkenaan turut menggesa SK Ida membaca dengan lebih banyak jika benar berminat dengan politik. 

“Kot ya pun makcik minat politik, bawak-bawak baca makcik, jangan dok canang pekat sangat,” katanya. 

Nor Zaidatul Athirah pula berkata, wanita terbabit seharusnya menyelidik terlebih dahulu sebelum membuat hantaran tersebut. 

“Tabayyunlah dahulu selepas ni sebelum menyebarkan apa-apa berita. Fitnah tu dosanya amat berat. Jangan terlalu ikut emosi sampai lupa dosa pahala. 

“PMX itu juga manusia dan anda telah melakukan satu fitnah tidak berasas kepadanya. Moga sempat minta maaf pada empunya badan,” katanya. 

Mesyuarat Kabinet baru-baru ini meluluskan saranan Kementerian Perpaduan Negara agar lafaz ikrar Rukun Negara dilaksanakan di setiap program rasmi kerajaan.  

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perkara itu adalah antara usaha untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 

Serentak dengan itu, lafaz penuh Rukun Negara bakal dilaksanakan pada program rasmi kerajaan, termasuk di peringkat sekolah seperti perhimpunan mingguan dan istiadat pembukaan Dewan Rakyat serta Dewan Negara. - Getaran, 23 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki