web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hari Sabah Kembali Selepas 60 Tahun, Bakal Jadi Acara Tahunan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 8:01AM

Hajiji Noor (empat, kiri) pada sambutan Hari Sabah di Tambunan, semalam - gambar Jabatan Ketua Menteri Sabah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAMBUNAN - Di samping sambutan Hari Kebangsaan, Sabah hari ini meraikan Hari Sabah, selepas kali terakhir disambut 60 tahun lepas.

Sambutan itu diserikan dengan perarakan kira-kira 500 peserta daripada 100 kontinjen antaranya agensi kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Awam dan Hospital Tambunan serta Persatuan Kebajikan Prihatin Sabah dan Sekolah Adat Negeri Sabah.

Kehadiran Unduk Ngadau Kaamatan 2023 Carol Abbey Gail serta enam finalis lain pertandingan diiringi Pengerusi Pertandingan Joanna Kitingan pada sambutan itu turut menarik perhatian orang ramai yang hadir.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata sambutan semula Hari Sabah itu bagi mengenang jasa pemimpin terdahulu dan pasukan keselamatan dalam memastikan Sabah serta negara aman dan makmur.

“Menyedari akan pentingnya Hari Sabah ini kepada seluruh rakyat maka kerajaan negeri memutuskan untuk mewujudkan kembali sambutan Hari Sabah di negeri ini dengan Tambunan menjadi tuan rumah pada tahun ini.

"Keputusan kerajaan negeri mengadakan semula Hari Sabah sebagai memperingati hari yang berakhirnya pemerintahan penjajah Inggeris di Sabah. Sementara Sarawak lebih awal mengisytiharkan 22 Julai setiap tahun sebagai Hari Sarawak,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Sabah di sini semalam.

Daerah Tambunan terletak di bahagian pedalaman Sabah, kira-kira 75 kilometer (km) ke tenggara Kota Kinabalu.

Hajiji berkata Hari Sabah telah diisytiharkan Gabenor British Sir William Goode pada 28 Ogos 1963 di Jesselton, kini Kota Kinabalu, dengan mengisytiharkan Sabah akan mempunyai kerajaan sendiri serta mengguna pakai Perlembagaan Negeri baharu, berkuat kuasa 31 Ogos 1963.

Beliau berkata dengan terbentuknya kerajaan sendiri itu, ia menjadi permulaan kepada langkah lebih besar Sabah iaitu membentuk Persekutuan Malaysia dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura pada 16 Sept 1963. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

2

Politik 1 tahun yang lalu

Hajiji Bentang Pindaan Perlembagaan Sabah Berkaitan Anti Lompat Parti

3

Politik 1 tahun yang lalu

Perlembagaan Sabah Tetapkan Perubahan Ketara Bentuk Undang-Undang Anti Lompat Parti

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sabah Sambut Baik Komitmen Kerajaan Persekutuan Bantu Isu Bekalan Air

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global