web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SKMM Keluar Notis Terhadap 4 Penyedia Perkhidmatan Komunikasi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 7:57PM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan notis terhadap empat penyedia perkhidmatan komunikasi kerana gagal mematuhi standard mandatori kualiti perkhidmatan ditetapkan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan notis terhadap empat penyedia perkhidmatan komunikasi berikutan kegagalan syarikat berkenaan mematuhi standard mandatori kualiti perkhidmatan ditetapkan.

Unit Komunikasi Korporat MCMC dalam kenyataan memaklumkan notis dikeluarkan di bawah subseksyen 51(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) kepada keempat-empat penyedia perkhidmatan itu bagi meminta mereka memberikan penjelasan lanjut serta mendapatkan pelan penyelesaian interim serta jangka panjang untuk menangani masalah liputan komunikasi.

Ia susulan aduan dibangkitkan mengenai masalah liputan komunikasi daripada penduduk Taman Ambassador Village, Durian Tunggal.

"MCMC menyantuni pengadu pada 1 Sept lalu dan menjalankan aktiviti pengauditan perkhidmatan komunikasi talian mudah alih di lokasi aduan.

"Hasil pengauditan yang dijalankan mendapati beberapa syarikat penyedia perkhidmatan iaitu Celcom, Maxis, YTL dan Telekom Malaysia (TM) tidak mematuhi standard mandatori kualiti perkhidmatan yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, MCMC turut berkongsi rancangan sedia ada yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan komunikasi di kawasan berkenaan.

"Buat masa ini, rangkaian gentian optik di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sedang dilaksanakan di lokasi aduan dan projek berkenaan dijangka siap menjelang akhir 2023 yang bakal memanfaatkan 250 penduduk.

"MCMC akan terus memantau dan memastikan liputan komunikasi di lokasi tersebut dalam keadaan yang optimum demi keselesaan penduduk," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkongsian Rangkaian Antara Telco Selesaikan Isu Capaian Internet, Talian Telefon

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Beroperasi Tanpa Lesen Sah, Awesome TV Dikompaun RM250,000

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SKMM Perketat Kawal Selia Kandungan Digital Tangani Kemudaratan Dalam Talian

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengerusi SKMM Tak Pernah Hantar Emel Tawar Bantuan Pindah Hadiah Kemenangan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang