web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Lagi Bersabar, Akhirnya Mujahid Saman Dusuki RM1 Juta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Sep 2023 8:11AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak lagi dapat bersabar dengan fitnah dilemparkan, Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa memfailkan saman berjumlah RM1 juta ke atas bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Ahmad Dusuki Rani.

Mujahid berkata, tindakan berkenaan diambil apabila Ahmad Dusuki masih mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah walaupun kalah dalam saman fitnah difailkannya sebelum ini.

Menurut beliau, satu Notis Tuntutan (LOD) oleh Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir telah dikeluarkan semalam ke atas penceramah bebas itu.

“Menerusi LOD itu, saya menuntut Dusuki memadamkan semua kenyataan berunsur fitnah atau mengelirukan yang dibuat sebelum ini dalam tempoh 24 jam.

“Beliau juga perlu berhenti daripada terus memberikan kenyataan berunsur fitnah atau mengelirukan berkaitan saya dan membayar ganti rugi berjumlah RM1 juta,” katanya.

Jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak itu, Dusuki juga diberi tempoh 14 hari untuk membayar keseluruhan kos diperintahkan mahkamah sebelum ini yang berjumlah RM23,000.

“Sekiranya Dusuki gagal mematuhi semua tuntutan ini, saya tidak teragak-agak akan teruskan dengan tindakan mahkamah terhadap Dusuki, termasuk prosiding menghina mahkamah. 

“Saya dapati setiap kenyataan Dusuki mempunyai unsur penghinaan kepada mahkamah apabila beliau bukan sahaja mempertikaikan, malah memperlekehkan dan memutar belitkan keputusan yang diberikan Mahkamah Sesyen Shah Alam dan Mahkamah Tinggi Shah Alam,” katanya.

Mujahid yang juga mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebelum ini berulang kali menggesa Dusuki berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah, melibatkan penjualan aset Tabung Haji (TH).

Jelas Mujahid, fitnah oleh Dusuki itu masih berterusan walaupun selepas Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa tiada aset TH dijual kepada pembeli bukan Islam. - Getaran, 7 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka