web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Belanja Agong KFC, Nanti Boleh Cerita Kat Kawan'

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 4:31PM

Tangkap layar video memaparkan Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima beberapa bungkusan KFC - gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Membelanja rakan atau ahli keluarga makan bukan perkara luar biasa, lebih-lebih lagi jika anda ialah pekerja di mana-mana restoran. 

Tapi bagaimana jika individu dibelanja itu ialah pemimpin tertinggi negara? 

Itulah yang berlaku kepada sekumpulan petugas di restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) di Niah, Sarawak semalam. 

Bukan calang-calang, individu dimaksudkan ialah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. 

Menerusi satu video yang dikongsi dimuat naik di TikTok, petugas restoran terbabit dilihat berbaris di tepi jalan sambil menunggu ketibaan konvoi yang mengiringi baginda, sempena Kembara Kenali Borneo. 

Video dimuat naik individu dikenali sebagai shhezwn itu memperlihatkan Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima beberapa bungkusan KFC daripada kumpulan pekerja tersebut. 

“Jom belanja Agong KFC di Niah, Sarawak,” katanya menerusi kapsyen ringkas. 

Baginda juga berkenan bersalaman dengan kumpulan pekerja terlibat, sebelum berangkat ke destinasi seterusnya. 

@shhezwn #kembarakenaliborneo #fyp #kfc #niah #sarawak #agongkita #malaysiatiktok ♬ MALAYSIA - Faizal Tahir

Meskipun cuma sebentar, keterujaan jelas kelihatan pada raut wajah masing-masing kerana berpeluang bertemu muka dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah. 

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen menyifatkan kumpulan pekerja terbabit amat bertuah kerana berpeluang ‘menghadiahkan’ Yang di-Pertuan Agong makanan segera kegemaran baginda. 

Ia bukan rahsia malah Al-Sultan Abdullah sebelum ini dilaporkan pernah berangkat ke beberapa restoran KFC secara mengejut, semata-mata mahu menikmati juadah kegemaran baginda itu. 

Netizen, SimonKutinMY dalam komennya mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pekerja terbabit atas tindakan mereka itu. 

“Watching from Sabah..sebak rasanya. Terima kasih Sarawak belanja Agong kita. Salam 1 Borneo,” katanya. 

Lin pula secara berseloroh berkata, sekurang-kurangnya kesemua pekerja itu ada kenangan manis untuk diceritakan. 

“Nanti boleh cerita kat kawan, saya belanja Agong KFC,” katanya. - Getaran, 11 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini