web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Demi Allah SWT Tidak Guna Bahan Terlarang, Tapi Akui Tiada Sijil Halal

Peniaga nasi ayam claypot yang didakwan menggunakan bahan alkohol tampil beri penjelasan berkenaan bahan yang digunakan itu tidak haram

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 9:40PM

Kedai nasi ayam 'claypot' milik Ahmad Marzuki tular kerana didakwa menggunakan ramuan tidak halal - gambar Oh My Media

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh minggu ini tentang sebuah restoran di kawasan Sri Petaling yang menyediakan nasi ayam periuk tanah atau claypot sebagai menu terlaris sejak lebih 20 didakwa menggunakan bahan mengandungi alkohol oleh seorang peniaga beragama islam 

Memetik daripada laporan Harian Metro, peniaga tersebut Ahmad Marzuki Mohd Amir tampil memberi penjelasan dan bersumpah atas nama Tuhan bahawa makanan yang dijual itu adalah halal dan tidak menggunakan sebarang bahan haram.

“Sumpah demi Allah SWT tidak guna bahan terlarang seperti yang ditularkan netizen. Ini maruah saya dan sebagai umat Islam saya bertanggung jawab serta ikhlas berniaga untuk rezeki halal keluarga,” tegasnya.

Marzuki bagaimanapun mengaku, premisnya itu tidak mendapat pengesahan sijil halal dari JAKIM, tetapi menyatakan, minyak diviralkan mempunyai alkohol itu adalah minyak bijan yang boleh digunakan dalam masakan, walaupun ia turut tidak mempunyai cop halal.

"Saya akui premis saya tidak mempunyai sijil halal dari JAKIM, tetapi banyak kedai Muslim lain juga tidak mempunyai sijil yang sama. Saya rasa ia bukan masalah besar kerana saya seorang Islam dan saya tahu tanggungjawab saya, malah bahan yang digunakan pun tidak akan saya sorokkan.

“Dua botol itu minyak bijan tapi saya akui juga kilang (pengeluar minyak bijan) tiada sijil halal namun bahan-bahan pembuatannya dipercayai tiada bahan yang dilarang," jelasnya

Terdahulu, isu ini tular di media sosial apabila terdapat beberapa individu yang mendedahkan minyak yang dituang ke atas nasi claypot tersebut mengandungi 16 peratus alkohol. 

@faiz_lisa Awas!! Buat semua umat islam .. Rice wine ada lah HARAM & TAK HALAL .. Dah ramai umat islam makan dengan sini .. soalan cepu emas kedai ni ada sijil Halal ke dari jakim … apa pun korang fikir2 la sendiri .. jangan asal viral je makan ?? #clayportnasiayam #claypotchickenrice #nasiayamviral #haram #takhalal #ricewine ♬ original sound - Ellisa

Malah, terdapat pengguna Tiktok yang memuat naik sebuah video memaparkan salah satu menu di restoran tersebut adalah claypot wine chicken. - Getaran, 15 September 2023

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Nikmati Nasi Ayam Sedap di Nasi Ayam Kee Chup, JB!

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Lelaki Berpaut Pada Lori Dicari Polis

3

Semasa 9 bulan yang lalu

4 Lelaki Tular Buat Aksi 'Superman' Ditahan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Teguran Dianggap Tak Kena Tempat, Aisyah Undang Kemarahan Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang