web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2,000 Tambahan Penumpang Sehari Disasar Guna KTM Komuter Utara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 3:00PM

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak Loh Sze Yee (lima,kanan) beramah mesra bersama pengguna komuter pada program Hari Terbuka Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Keretapi Ipoh hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyasarkan penambahan seramai 2,000 penumpang sehari menggunakan KTM Komuter Utara, dari tiga stesen baharunya iaitu Ipoh, Sungai Siput dan Kuala Kangsar ke stesen Butterworth, Pulau Pinang, dan stesen perantaranya.

Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob berkata sebelum ini, lebih 1,000 penumpang dicatatkan menggunakan perkhidmatan perkhidmatan tren elektrik (ETS), di stesen tersebut.

“Mungkin lebih kepada masa puncak, tetapi saya rasa juga akan termasuk hari-hari minggu cuti awam, sebab keretapi ini kami nampak akan juga digunakan pelajar-pelajar sekolah juga, sebab perjalanannya singkat dan cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Hari Terbuka KTMB 2023, bersempena sambutan Hari Malaysia yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee, di Stesen Ipoh di sini hari ini.

Suhaimi berkata ketika ini, kekerapan keretapi boleh memuatkan seramai 450 penumpang setiap jam ketika waktu puncak, manakala setiap dua jam pada waktu lain dan pengoperasian keretapi akan ditambah, sekiranya terdapat permintaan pengguna yang semakin meningkat bagi laluan itu.

Sementara itu, Loh berkata Kementerian Pengangkutan dan Perbadanan Aset Keretapi, sedang mengkaji kerja-kerja menaik taraf yang perlu dilaksanakan di stesen-stesen negeri Perak, bagi menyediakan kemudahan yang selesa kepada orang awam.

“Dalam masa terdekat ini mungkin kita perlu mengemas dan mencantikkan semula tempat-tempat ini dahulu, sebelum kerja menaik taraf yang memerlukan kos dan mengambil masa untuk diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata tiga stesen yang baharu iaitu stesen Ipoh, Sungai Siput dan Kuala Kangsar, ke stesen lain di laluan KTM Komuter antara Ipoh ke Butterworth bermula hari ini, dapat membantu menjayakan Tahun Melawat Perak 2024 kerana pelancong dapat membuat pergerakan yang singkat dan tidak terperangkap dalam kesesakan jalan.

“Perkhidmatan baharu ini akan dapat merancakkan lagi pergerakan dua hala antara dua ‘titik utama’ dari segi komersil ke industri atau pekerja dan pelancongan,” katanya.

Perjalanan dari stesen Butterworth ke stesen Ipoh mengambil masa selama satu jam 56 minit, dengan kadar tambang dewasa RM12.80 sehala, manakala kadar tambang konsesi bagi kanak-kanak, warga emas, dan Orang Kurang Upaya (OKU), RM6.40 sehala.

Tren pertama dari stesen Ipoh ke stesen Butterworth bermula jam 4.40 pagi, manakala dari stesen Butterworth ke stesen Ipoh pada jam 5.30 pagi, dengan tren terakhir yang beroperasi dari stesen Ipoh pada jam 6.35 petang, sementara dari stesen Butterworth pada jam 7.10 malam.

Terdahulu, sebanyak 400 jalur gemilang dan pin Malaysia Madani diedarkan kepada penumpang-penumpang KTMB, serta pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya pertandingan mewarna, tag & menang bersama KTMB serta pameran gambar-gambar. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini