web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Stabilkan Pesakit Dalam Penerbangan, Dr Annuar Terima Surat Penghargaan MAG

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2023 8:07AM

Dr Annuar Rapaee ketika membantu menstabilkan pernafasan seorang pesakit asma dalam penerbangan 6 September lepas - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee yang menstabilkan seorang penumpang wanita mengalami sesak nafas akibat asma ketika dalam penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur pada 6 September lepas, menerima surat penghargaan daripada Pengerusi Malaysia Aviation Group (MAG) Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Wan Zulkiflee yang kagum membaca laporan berita mengenai tindakan pantas Dr Annuar itu, berkata ia satu khidmat cemerlang ditunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu yang memberikan bantuan perubatan dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH2521. 

“Bagi pihak Malaysia Aviation Group (MAG) dan seluruh warga Malaysian Airlines, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk yang membantu kru kabin kami dan penumpang ketika situasi kecemasan.

“Kru kami menyanjung tinggi profesionalisme YB Datuk dan berbesar hati dengan kehadiran YB Datuk dalam penerbangan,” katanya dalam surat yang ditandatangani pada 7 September.

Wan Zulkiflee berkata tindakan murni pakar kardiologi itu dalam memberikan bantuan perubatan segera berjaya menyelamatkan keadaan sekali gus memastikan penerbangan lancar untuk semua orang dalam pesawat.

Surat tersebut disiarkan di Facebook Dr Annuar semalam. 

Semasa kejadian, pramugari membuat pengumuman meminta doktor atau kakitangan perubatan yang berada dalam penerbangan MAS MH2521, supaya tampil kerana mereka memerlukan bantuan rawatan perubatan segera.

Dr Annuar telah merawat pesakit tersebut dengan menggunakan inhaler (alat sedut) yang dibawa oleh seorang penumpang lain, namun selepas beberapa kali sedutan pesakit masih mengalami sesak nafas.

Bagaimanapun, pesakit bernasib baik apabila kit kecemasan pesawat MAS dilengkapi dengan nebuliser (penebula) dan selepas pemberian nebuliser, wanita itu tidak lagi mengalami sesak nafas dan berasa lega.

Setelah semuanya selesai, Dr Annuar telah membuat empat salinan laporan perubatan dan bersyukur penumpang wanita tersebut selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tuntutan Sulu Bayar Segera Lebih AS$16 Bilion Melampau, Prosiding Kes Masih Berjalan - AGC

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jawapan Saya Selaras Fakta, Ia Sudah Dijelaskan Di Dewan Rakyat - Azalina

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rais Kekal Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu - Ahmad Zahid

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jika Benar Usul Diterima RoS, Tunjuk Surat Sebagai Bukti - Ismail Sabri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka