web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Krisis Beras Dan Minyak Masak: Kerajaan Perlu Wujudkan Dasar Pembelian - Dr Akmal

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2023 2:01PM

Dr Muhamad Akmal Saleh - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR-- Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan digesa mengambil tindakan segera untuk mewujudkan dasar pembelian beras dan minyak bersubsidi. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ia perlu dilaksanakan, mengambil kira keadaan negara yang dilanda krisis bekalan dua bahan asas tersebut. 

Menurut beliau, ketiadaan peraturan atau dasar untuk mengawal pembelian dua bahan terbabit menyebabkan ia sering ‘lesap’ dari pasaran, malah ada pihak yang mengambil kesempatan membuat pembelian secara borong hingga menyusahkan pengguna lain. 

"Inilah antara kenapa saya minta kementerian keluarkan polisi supaya beras dan barang-barang asas bersubsidi yang kekurangan di pasaran dihadkan kepada warganegara Malaysia sahaja. 
 
"Yang panic buying ini mereka bukan rakyat kita, rakyat kita nak panik pun tidak sempat sebab dah habis. 
 
"Mohon kementerian menilai semula cadangan untuk menghadkan beras,minyak yang bersubsidi ini hanya di jual kepada warganegara selagi krisis ini berlangsung," katanya. 

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas penularan sebuah video, yang memaparkan sekumpulan warganegara Banglades berebut membeli minyak masak. 

Kumpulan terbabit juga tidak mengendahkan arahan petugas yang meminta mereka berbaris bagi membolehkan pelanggan lain membuat pembelian. 

Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia sebelum ini pernah menggesa kerajaan mengkhususkan penjualan beras tempatan hanya untuk rakyat Malaysia, susulan kenaikan harga barangan tersebut. 

Langkah tersebut jelasnya, bukan untuk menganiaya warga asing yang ada di negara ini, tetapi untuk menjaga kebajikan dan keperluan rakyat tempatan. 

Bagaimanapun, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, permintaan itu tidak dapat dipenuhi kerana stok beras tempatan masih mampu menampung keperluan domestik. - Getaran, 20 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

2

Semasa 7 bulan yang lalu

KPKM Optimis Kemuka Penyelesaian Isu Padi, Beras Seperti Diarah PM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

KPKM, NACCOL Ada Hingga 20 Mac Untuk Muktamad Harga Beras - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Mesyuarat NACCOL Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah